Atlet negara yang beraksi di Kejohanan Karate Kebangsaan dari 31 Okt hingga 1 Nov ini perlu memastikan diri berada di kedudukan podium.
Amaran itu diberikan Setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Vincent Chen Chee Hong, yang mahukan atlet negara mengekalkan prestasi sambil membuktikan status mereka sebagai yang terbaik di negara ini.
"Atlet negara baru pulang daripada menyertai Liga Perdana Persekutuan Karate Dunia (WKF) di Austria dari 17-18 Okt. Mereka sudah melepasi syarat ditetapkan dan apa yang perlu dilakukan sekarang adalah untuk sekurang-kurangnya mendapat penamat podium.
"Semua atlet kebangsaan perlu menyertai kejohanan ini kecuali cedera atau dalam proses pemulihan...ini adalah antara penilaian untuk mereka," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Vincent berkata seramai 200 atlet akan mengambil bahagian dalam kejohanan kebangsaan kali ini, kurang daripada tahun-tahun sebelumnya berikutan tarikh yang hampir dengan peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Selain itu, kejohanan kali ini menjadi platform untuk jurulatih negara, Andris Vasiljevs mengenalpasti bakat baru bagi diserapkan dalam skuad kebangsaan.
"Andris akan memilih atlet berbakat dan mencadangkannya kepada pengurusan pasukan. Kami akan memutuskannya mengikut dua kriteria iaitu sama ada mereka berada dalam skuad kebangsaan sebelum ini atau pernah dikenakan tindakan disiplin," katanya.
Pemenang pingat emas Sukan Asia 2014, Syakilla Salni Jefry Krisnan, Hoe Thomson, Emmanuel Leong, Ricky Leong dan S. Shree Sharmini adalah antara atlet kebangsaan yang akan mengambil bahagian di kejohanan itu yang mempertandingkan 18 kategori.
Bernama
Tue Oct 27 2015

Setiausaha Agung MAKAF Vincent Chen Chee Hong mahukan atlet negara mengekalkan prestasi dan membuktikan status mereka sebagai yang terbaik. -Gambar: Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Atlet negara harus naiki podium di kejohanan kebangsaan
Setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia Vincent Chen Chee Hong mahukan atlet negara mengekalkan prestasi sambil membuktikan status mereka sebagai yang terbaik