Atlet kebangsaan yang bertanding di Sukan SEA ke-30 diminta tidak terganggu dengan masalah yang timbul di temasya berkenaan dan memberikan fokus sepenuhnya untuk mencapai sasaran pingat yang ditetapkan.
Menteri Belia dan Sukan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pihaknya melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) telah bersedia dengan pelan kecemasan bagi mengatasi sebarang masalah sekiranya berlaku.
"Saya mahu atlet dengan pegawai untuk fokus, fokus ini penting kerana semua negara melalui masalah yang sama, kita mesti fokus dan yakin bahawa pencapaian 70 pingat emas dapat dicapai," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai beberapa isu dan masalah yang dihadapi atlet negara yang bertanding di Sukan SEA ke-30 di Filipina.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis ketibaan peserta Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) 2019 di Terminal Boustead Cruise Centre, Pulau Indah di sini hari ini.
Mengulas mengenai isu tiada makanan halal dibekalkan kepada atlet negara di temasya berkenaan Syed Saddiq berkata pihaknya telah melakukan penghantaran kedua makanan halal ke Manila, Filipina hari ini.
Rabu lepas, media melaporkan sebanyak 500 kotak besar pek makanan Brahim's diterbangkan khas ke Filipina bagi keperluan atlet dan pegawai negara sepanjang temasya dwitahunan itu berlangsung.
Mengulas mengenai SSEAYP 2019 Syed Saddiq berkata program itu merupakan platform terbaik untuk para peserta belajar mengasah sifat kepimpinan dan mengenali budaya pelbagai kaum yang ada di Asia Tenggara.
Program SSEAYP yang masuk tahun ke-46 penganjurannya disertai seramai 330 orang duta belia daripada 10 negara Asia Tenggara dan Jepun.
Pada program kali ini seramai 29 orang belia dari Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah dipilih oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk turut serta dalam program selama 52 hari itu.
Program SSEAYP yang dijalankan diatas kapal Nippon Maru berkenaan bermula pada 25 Oktober lepas di Tokyo, Jepun dan telah berlayar ke Vietnam, Singapura, serta Myammar, dan kini ia berlabuh di Malaysia selama empat hari sebelum meneruskan pelayaran ke Tokyo, Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 29 2019

Masalah penganjuran menghantui tuan rumah Sukan SEA ke-30 kali ini. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap selamat maju jaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.

'Meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul' - Hannah
Hannah mahu memperkemaskan struktur dalam barisan kepimpinan sukan menerusi pendekatan meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul.

Pembukaan Olimpik 2024: Koleksi 'The Malaya' Rizman Ruzaini bakal jadi tumpuan di Paris
THE Malaya, hasil cetusan ilham yang dihasilkan pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini untuk atlet Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 bakal menjadi tumpuan dunia pada 27 Julai ini.

Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.

Henti sebarkan perkara tidak rasmi berkaitan atlet Malaysia ke Olimpik Paris 2024 - Hannah
Ia bagi membolehkan atlet berada dalam keadaan fokus kepada persediaan mereka dan pada masa sama menjaga kesihatan mental 26 atlet negara.

Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik
Johnathan Wong sifatkan persediaannya berada di tahap terbaik untuk memastikan dirinya mampu menghasilkan keputusan positif.

Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris
Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaharu negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024.

Sukan Olimpik: Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Paris 2024
Pemain golf wanita profesional negara, Ashley Lau Jen Wen akan membuat penampilan sulung dalam edisi kali ini.

Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.