KUALA LUMPUR: Astro dan Malaysian Football League (MFL) hari ini secara rasminya mengumumkan kolaborasi selama tiga tahun bermula 2023 hingga 2025 sebagai penyiar rasmi untuk semua pertandingan Liga Malaysia meliputi Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, kerjasama yang terjalin itu akan dimulakan dengan aksi saingan pembuka tirai Perlawanan Sumbangsih pada 24 Februari depan.
“Kami teruja dipilih sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai ‘hub sukan’ untuk peminat sukan negara.
"Kami sentiasa mengiktiraf kepentingan sukan dalam pembangunan negara dan dengan itu Astro dan MFL komited meningkatkan taraf liputan liga bola sepak tempatan melalui siaran langsung, perkembangan di sebalik tabir sesi latihan pemain dan jurulatih serta membawakan berita terkini untuk sajian khas buat semua peminat negara Malaysia.
"Nantikan perkembangan mengenai liputan kami mengenai siaran langsung perlawanan, on-demand serta kandungan program-program yang lain," jelasnya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Tambah Euan, kehadiran Liga Malaysia akan merancakkan lagi tawaran sukan tempatan di Astro selain memaparkan sukan antarabangsa termasuk Premier League, UEFA Champions League & Europa League, La Liga, BWF, MotoGP, NBA, UFC, WWE, PGA Golf dan ATP Tours.
Astro jelasnya lagi, sentiasa berusaha untuk terus memperkasakan sukan tempatan dan atlet negara melalui saluran Astro Arena HD yang telah dilancarkan sejak tahun 2010.
Selain mengikuti rapat perkembangan jaguh negara di pentas antarabangsa, Astro Arena HD juga menyediakan platform untuk bekas-bekas atlet membina karier dalam industri sukan.
Sementara itu, Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berkata, menerusi kolaborasi itu memberikan konotasi lebih bermakna dalam liputan bola sepak tanah air.
"Kami akan memberikan konotasi yang lebih bermakna dalam liputan bola sepak Malaysia dengan memberikan liputan komprehensif dalam HD dan turut boleh distrim melalui menerusi Astro GO.
"Selain itu, Astro akan membawakan variasi persembahan dan penyampaian ulasan serta analisis di studio dari barisan pakar-pakar yang terdiri dari mereka yang berpengalaman dalam dunia bola sepak," katanya.
Penonton Astro juga boleh menikmati kandungan eksklusif termasuk sorotan perlawanan, sidang media pra-perlawanan, sesi latihan pemain, akses temubual pemain serta aktiviti menarik bagi memberi peminat merasai kehangatan Liga Malaysia nanti.
Pada masa sama, Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata kehadiran semula Astro bersama MFL sebagai petanda Liga Malaysia semakin mendapat tarikan secara tidak langsung meningkatkan profil liga serta kelab-kelab yang bertanding.
"MFL mengambil langkah cukup besar apabila menjalin kerjasama dengan Astro iaitu stesen penyiar yang cukup terkenal dan disegani dalam mempromosikan sukan khususnya bola sepak tanah air.
"Saya bagi pihak MFL amat berterima kasih kepada Astro kerana sudi melangkah bersama MFL kerana kami percaya dengan persaingan 14 pasukan elit dalam Liga Super serta kewujudan Piala MFL (Liga Simpanan) bagi pemain bawah 23 tahun menerusi penstrukturan semula Liga Malaysia, ia pasti akan menyuntik elemen baharu untuk disaksikan buat peminat tempatan," katanya.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif MFL pula, Stuart Ramalingam, keputusan badan pengelola liga profesional negara itu memilih Astro kerana percaya stesen televisyen terkemuka tempatan itu rakan ideal membangunkan Liga Malaysia.
"MFL telah mengambil satu langkah besar tahun lalu dengan mengumumkan penstrukturan semula Liga Malaysia dan kami percaya Astro adalah rakan ideal untuk menyiarkan lebih banyak perlawanan dan kualiti tontonan yang dimahukan oleh penyokong-penyokong selama ini.
"Penglibatan Astro kali ini pasti akan meningkatkan tarikan dan kesedaran mengenai perkembangan Liga Malaysia sekali gus dapat meningkatkan nilai komersial setiap perlawanan bagi mengukuhkan ekosistem bola sepak negara agar dapat dinikmati ramai pihak," ujarnya.
Fareez Azman
Wed Feb 01 2023

Astro dan Malaysian Football League (MFL) mengumumkan kolaborasi selama tiga tahun bermula 2023 hingga 2025 sebagai penyiar rasmi untuk semua pertandingan Liga Malaysia. - Foto Astro AWANI
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari
Penstrukturan saingan Liga-M antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden FAM yang baharu.

KRW FC perlu RM2 juta untuk beraksi pada saingan A1 Liga Malaysia
Dana tersebut termasuk untuk membawa masuk pemain bertaraf bintang dalam pasukan itu selain perbelanjaan pengurusan dan kelab.

Liga Malaysia: Jaringan tunggal Ramadhan bantu kemenangan Kuching City FC
Gol yang terhasil pada minit ke-44 itu meranapkan impian Harimau Kumbang untuk mencipta kemenangan di hadapan penyokong sendiri.

80 perlawanan Liga Malaysia guna VAR - Sivasundaram
Sebanyak 80 perlawanan membabitkan aksi Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, dan Challenge Cup bagi musim 2024-2025 telah menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) setakat ini.

Liga-M berpotensi melingkup andai isu tunggakan gaji berlarutan
Pekan berkata, pendekatan MFL juga seolah-olah gagal memberi kesan dalam mendidik pemilik kelab untuk lebih bertanggungjawab mengurus kewangan.

Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.

MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.