PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menekankan betapa pentingnya aspek pengurusan dan pentadbiran dalam bidang sukan bagi menjamin kemajuan serta melakar pencapaian sehingga ke peringkat tertinggi.
Hannah menyifatkan pengurusan dan pentadbiran yang gagal akan memberi impak buruk sekali gus berupaya menjejaskan sesuatu sukan itu untuk maju ke hadapan.
Beliau juga berharap lebih ramai wakil persatuan sukan di negara menjawat posisi di peringkat global seperti dilakukan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang baharu dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
"Semestinya pengurusan dan pentadbiran sukan sangat penting kerana kalau tiada pengurusan dan pentadbiran yang baik, dana-dana yang dikutip, polisi dan hala tuju untuk sukan itu tidak boleh maju ke depan.
"Jadi saya berharap lebih banyak pengurusan mereka boleh bertanding secara sihat bukan saja di tanah air tetapi seperti Datuk Hamidin yang pergi ke peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran sempena Hamidin dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini, semalam.
Sementara itu, Hannah berkata beliau melihat minat terhadap bola sepak semakin meningkat dalam kalangan generasi muda dan merancang untuk terus meraih lebih banyak sokongan.
"Kita akan pergiatkan lagi program skrin besar KBS (Kementerian Belia dan Sukan) untuk pastikan lebih ramai lagi dapat bersama mengikuti pertandingan bola sepak," katanya.
Dalam pada itu, majlis kesyukuran semalam berlangsung meriah dengan dihadiri ramai pihak berkepentingan dalam bola sepak tempatan selain barisan bekas pemain dan legenda antaranya Datuk Dollah Salleh, Datuk Zainal Abidin Hassan dan Khalid Ali.
Sebagai rekod, Hamidin yang berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi penggal lepas, menang perebutan tujuh penjuru untuk lima kerusi (lelaki) Ahli Majlis FIFA bagi Asia untuk tempoh 2023-2027 pada Kongres AFC ke-33 di Manama, Bahrain awal bulan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023
Hannah Yeoh menyampaikan ucapan pada majlis kesyukuran Presiden FAM dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027 di Arena Futsal FAM, Petaling Jaya, 7 Feb 2023. --fotoBERNAMA
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Siasatan SPRM tentang isu kontrak projek rintis DRT hampir siap - Azam Baki
Siasatan dakwaan pemberian kontrak projek rintis DRT oleh kerajaan Selangor membabitkan syarikat milik suami Hannah Yeoh dijangka siap dalam tempoh terdekat.
'Meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul' - Hannah
Hannah mahu memperkemaskan struktur dalam barisan kepimpinan sukan menerusi pendekatan meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul.
Sukan Olimpik Paris 2024: Hannah beri sokongan penuh kepada Azizulhasni
Beliau berharap semua pihak dapat bersikap baik dan menghormati detik sukar sedang dilalui pelumba negara berusia 36 tahun itu.
Olimpik Paris: RTG ikrar beri sokongan penuh kepada Aniq Kasdan - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berikrar program Road To Gold (RTG) akan memberi sokongan penuh kepada atlet angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan.
Berhenti ganggu Zii Jia, ayuh! Raikan kemenangannya - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh meminta semua pihak supaya berhenti seketika membangkitkan isu berkaitan pemain perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia.
Hannah yakin 'Pocket Rocketman' pamer yang terbaik di Paris
Menteri Belia dan Sukan tidak pernah risau dengan kesungguhan dan kematangan yang ditunjukkan oleh Mohd Azizulhasni.
Hannah percaya Azeem mampu bangkit tebus kekecewaan di Olimpik Paris
Hannah berkata tidak ramai rakyat Malaysia yang mampu berlari dalam acara 100m di Sukan Olimpik, dan Muhammad Azeem seharusnya berbangga dengan pencapaian itu.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
Pewartaan 103 jenis sukan bantu perkembangan sukan kurang popular - Hannah
Hannah berkata ini kerana selepas diwartakan pihak-pihak berkepentingan boleh mengakses dana dan peruntukan untuk penganjuran program yang disediakan KBS.
Olimpik Paris 2024: Hannah tuntut atlet Malaysia terus fokus buru emas pertama
Hannah berharap atlet Malaysia yang masih bertanding di Paris terus fokus dalam misi membawa pulang pingat emas Olimpik pertama negara.