KELAB sensasi London, Arsenal mencerahkan impian untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara musim depan selepas menewaskan Leeds United, 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Kemenangan ke-21 liga selepas mengharungi 35 perlawanan menyaksikan skuad yang mendapat sentuhan Mikel Arteta, memperkukuhkan cengkaman dalam kelompok empat terbaik dengan 66 mata - empat mata mengatasi pesaing terdekat yang juga tetangga London, Tottenham Hotspur.

Dalam perlawanan itu, gol The Gunners dijaringkan Eddie Nketiah pada minit kelima dan ke-10', untuk selesa mendahului babak pertama 2-0 selepas The Whites terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Luke Ayling dilayangkan kad merah di minit ke-27'.

Leeds kendalian Jesse Marsch cuba bangkit pada babak kedua akhirnya berjaya menghasilkan gol hasil sentuhan Diego Llorente pada minit ke-66.


KEPUTUSAN

Liga Perdana Inggeris

Arsenal 2-1 Leeds United

Nketiah 5'10'

Diego Llorente 66'


Leicester City 1-2 Everton

Mykolenko 6'

Daka 11'

Holgate 30'


Norwich City 0-4 West Ham

Benrahma 12'

Antonio 30'

Benrahma 48'

Lanzini 65'


*Berita asal di Sinar Harian