Ketua Jurulatih Chelsea, Jose Mourinho menyifatkan keputusan perlawanan menentang Arsenal malam ini tidak akan memberi impak besar kepada cabaran masing-masing sekali gus menafikan skuad kendalian Arsene Wenger sebagai pencabar utama Liga Perdana Inggeris (BPL).

Persaingan peribadi antara Mourinho dan Wenger sering mencuri tumpuan malah mencetuskan kontroversi dalam perlawanan di mana Chelsea memiliki rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan BPL terakhir.

Namun, juara bertahan yang menguasai saingan liga musim lepas tampak lemah kali ini dan Mourinho memberi pandangan bahawa rekod atau sejarah tidak memainkan peranan malam ini.

"Perlawanan ini tidak begitu penting kerana dua tahun lepas kami tewaskan pencabar utama liga juga tetapi tidak mengakhiri kempen sebagai juara England," kata Mourinho yang mengesahkan bahawa Willian tidak dapat diturunkan akbiat kecederaan.

"Saya tidak turun dengan pemikiran bahawa Arsenal adalah pencabar utama tahun ini. Namun rekod hebat kami sebelum ini tidak memberi makna sama seperti kemenangan Arsenal ketika saingan Community Shield awal musim ini," ujarnya.

Manakala Wenger menegaskan sikap dan mentaliti anak buahnya berada di tahap yang amat tinggi disebalik kekalahan menentang Dinamo Zagrep dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

"Kami berada dalam situasi di mana kami perlu menebus kekalahan itu dan saya yakin pemain-pemain Arsenal fokus untuk melakar kemenangan yang amat besar di Stamford Bridge," kata Wenger.

The Blues terpaksa turun tanpa beberapa pemain seperti Radamel Falcao, Oscar dan Pedro manakala penjaga gawang Thibaut Courtois telah menjalankan pembedahan lutut yang bakal mempinggirkannya selama tiga bulan.

Perang anatara Chelsea dan Arsenal akan berlangsung jam 7 malam di saluran Astro Supersport CH831/810.