Ringkasan AI
- Google Maps kini memaparkan butiran lebih lengkap untuk memudahkan pengguna, terutama bagi mereka yang berjalan kaki.
- Arahan kini termasuk lokasi tangga, membantu pengguna bersiap sedia dan mengelak masalah yang tidak dijangka.
- Ciri ini diaktifkan secara automatik tetapi boleh dimatikan melalui tetapan Trip options > Wheelchair accessible jika pengguna lebih menggemari tangga atau lif.
Misalnya, tiba-tiba ada jalan penuh berlubang atau laluan yang sangat mencurigakan.
Terbaharu, Google Maps telah dikemas kini untuk memudahkan orang ramai dengan memaparkan butiran yang lebih lengkap.
Kemas kini ini dilihat lebih berguna kepada pengguna yang kerap berjalan kaki. Ini kerana arahan selok-belok kini boleh memaparkan lokasi di mana ada tangga.
Pengguna kini boleh melihat dengan jelas panduan ke destinasi yang lengkap dan boleh bersiap sedia awal untuk mengelak sebarang masalah atau perkara yang tidak dijangka.
Ciri ini akan terpapar secara automatik setiap kali anda mencari panduan selok-belok. Walau bagaimanapun, ia boleh dimatikan jika anda lebih menggemari tangga atau lif kerana tetapan adalah pada Trip options > Wheelchair accessible. -Amanz