CIRI AI generatif semakin hari semakin berkembang sehingga ia boleh diintegrasikan di mana-mana sahaja.
Terbaru, Google mula menguji ciri carian AI generatif pada aplikasi Google Maps.
Ia membawakan pengalaman SGE atau Search Generative Experience untuk pengguna mencari destinasi baharu pula.
Google melatih model bahasa raya mereka dengan 250 juta tempat serta gambar yang dijana pengguna dan ulasan kedai yang pengguna berikan daripada 300 juta pengguna.
Buat masa ini, ciri carian AI generatif pada Google Maps hanya akan diberikan kepada pengguna terpilih di Amerika Syarikat.
Berikut adalah apa yang ia boleh lakukan:
Terus tanya “aktiviti apa yang boleh dilakukan ketika hujan”, jawapan yang diterima akan bersesuaian untuk aktiviti di kawasan berteduh contohnya wayang atau teater.
Kemudian pengguna boleh terus sambung bertanya “Aktiviti untuk seisi keluarga”, Google Maps akan mencadangkan boling dan banyak lagi.
Jawapan yang diberikan turut disertakan dengan ulasan orang lain serta aktiviti lain yang boleh dilakukan di lokasi sama.
Contoh lain adalah; “Tempat brunch berdekatan”, “Aktiviti di luar yang sesuai untuk orang lasak seperti saya”, atau “tempat seronok untuk bersama-sama dengan rakan”.
Ciri ini turut akan diperkenalkan secara meluas kepada semua pengguna selepas ia cukup stabil untuk digunakan orang ramai.
SUMBER 9to5Google
Amanz
Fri Feb 02 2024
Ciri ini akan diperkenalkan secara meluas kepada semua pengguna selepas ia cukup stabil untuk digunakan orang ramai. - Foto Amanz
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
STB Sabah mahu kembalikan kegemilangan Sandakan
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengambil tindakan segera dengan mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil rakyat dan pemain industri pelancongan Sandakan nagi mengembalikan populariti daerah itu dalam kalangan pelancong.
Astro ketengah elemen 'Heart to Heart' untuk Malaysia
Kempen Inilah KITA yang dilancarkan Astro sejak minggu lalu meraikan semangat kebersamaan serta makna sebagai rakyat Malaysia di bawah cerminan negara yang berbilang kaum dan majmuk sama seperti yang ada di Sabah dan Sarawak. Kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Holdings Berhad, Euan Smith, kebersatuan itu diraikan menerusi bakat penceritaan kakitangan Astro yang dinamik dan menyentuh hati.
Bahasa etnik medium hebahan Bulan Kebangsaan di Sabah
Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah Supian Musa berkata inisiatif itu bukan hanya bertujuan menyemarakkan sambutan, tetapi lebih utama mahu memastikan mesej disampaikan dalam bahasa mudah difahami supaya dapat dihayati semua lapisan masyarakat.
SUKMA 2024: Premier umum insentif untuk pemenang pingat Sarawak pada Jumaat
NIlai insentif yang menanti atlet Sarawak yang meraih pingat dalam temasya sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 dijangka diumum Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Jumaat.
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
AI Generatif: Masa hadapan baharu perniagaan, gabungan dunia fizikal, digital
Edisi terkini laporan Accenture meneroka bagaimana teknologi bakal merubah cara masyarakat hidup dan bekerja.