Kini, dengan adanya aplikasi pintar 'Fanskick' yang diperkenalkan Fanskick Dot Com Sdn Bhd, peminat bola sepak tempatan tidak perlu lagi beratur panjang untuk membeli tiket perlawanan.
Melalui aplikasi Fanskick, pengguna boleh membuat pembelian tiket perlawanan bola sepak secara dalam talian dan hanya perlu mengimbas kod QR mereka di pintu masuk stadium menggunakan telefon pintar mereka pada hari perlawanan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Farouk Mustaffa berkata aplikasi telefon pintar yang julung kali diperkenalkan itu menjanjikan perkhidmatan dan hiburan yang lengkap serta mampu merapatkan jurang antara pemain dan penyokong bola sepak tempatan, menerusi teknologi.
"Kita menyasarkan satu juta peminat bola sepak akan memuat turun aplikasi tersebut pada tahun ini menerusi Google Play (untuk platform Android) atau Apps Store (menerusi platform iOS)," katanya ketika ditemui selepas pelancaran aplikasi itu.
Majlis disempunakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, malam tadi.
Farouk berharap teknologi masa kini menerusi plikasi yang ditawarkan secara percuma selama setahun itu akan menjadi motivasi tambahan kepada pemain dalam usaha mengembalikan kegemilangan industri bola sepak tanahair.
Beliau berkata Fanskick juga menawarkan berita terkini menerusi pasukan editorialnya mengenai isu semasa dunia bola sepak tempatan, maklumat terkini mengenai statistik serta jadual permainan setiap pemain dan pasukan.
Aplikasi yang mendapat pengiktirafan rasmi FAM dan Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Bhd (FMLLP) itu turut menyediakan elemen 'Buddy System' serta 'Live Chat' bagi mendekatkan jurang antara peminat dan pemain.
Selain itu, pengguna juga akan dapat menikmati perlawanan bola sepak yang tidak disiarkan menerusi arus perdana secara langsung, katanya.
Beliau berkata antara lain pengguna turut berpeluang 'menguruskan' kelab kegemaran mereka menerusi elemen FK Manager, iaitu simulasi pengurusan bola sepak, namun setiap pembelian tambahan akan dikenakan caj.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2018

Melalui aplikasi Fanskick, pengguna boleh membuat pembelian tiket perlawanan bola sepak secara dalam talian dan hanya perlu mengimbas kod QR mereka di pintu masuk stadium menggunakan telefon pintar. - Gambar fail/BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.

Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.

Google Play Store akan buang ciri perkongsian aplikasi terbina
Dalam Google Play Store versi 44.1, Google menyatakan ciri ini akan dibuang.

Google Gemini kini boleh ingat minat anda untuk maklum balas lebih relevan
Ini menjadikan Gemini lebih diperibadikan mengikut setiap pengguna seakan pembantu maya sebenar yang turut boleh berbual secara semula jadi.

Arc Search untuk Android kini stabil, pelayar web AI dengan penghalang iklan terbina
Arc Search turut terkenal sebagai pelayar web yang mempunyai penghalang iklan yang cukup agresif dan stabil.

Android 16 akan dilancarkan lebih awal pada Q2 2025
Ini akan menjadikannya pelancaran sistem operasi paling awal pernah dilakukan sejak Android 4 Jelly Bean yang dilancarkan pada Julai 2012.

HarmonyOS Next akan ditawarkan bermula minggu ini di China
Sistem operasi HarmonyOS Next ini akan ditawarkan untuk pengguna Mate 60, Mate X5 dan juga tablet MatePad Pro 13.2 di China terlebih dahulu.

Anda kini boleh cari sesuatu dengan merakam video guna Google Lens
Teknologi ini menggunakan Gemini untuk memberikan maklum balas yang pantas dan membantu dalam carian video.

Pelayar web AI popular iOS 'Arc' akan ke Android
Arc adalah pelayar web yang mementingkan ketenangan kerana semua elemen pada aplikasi ini adalah minimalis.

Google Essentials mudahkan aplikasi Google dipasang pada PC Windows
Idea aplikasi ini adalah untuk pengguna Windows yang menggunakan peranti Android menikmati ciri ekosistem seakan iPhone dan Mac.