KUALA LUMPUR: Meskipun kontinjen negara ke Sukan Para ASEAN (APG) 2023 kali ini tanpa kelibat tiga jaguh utama, namun mereka dijangka mampu meraih 40 emas, iaitu melepasi 33 yang disasarkan di Phnom Penh, Kemboja pada 3 hingga 9 Jun ini.
Penganalisis sukan tempatan Datuk Dr Pekan Ramli berkata ketiadaan juara Sukan Paralimpik iaitu Datuk Abdul Latif Romly (lompat jauh), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru) dan Cheah Liek Hou (badminton) tidak akan menjejaskan sasaran negara pada APG 2023 yang disertai 144 atlet itu.
"Saya rasa walaupun ketiga-tiga atlet berkenaan tiada kali ini, namun tak mustahil kontinjen negara boleh menyamai atau lebih sedikit dari pencapaian edisi lepas di Solo, Indonesia (36 emas, 20 perak dan 13 gangsa).
"Saya jangkakan sukan olahraga akan terus menjadi penyumbang utama emas negara diikuti badminton di Kemboja nanti," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Selain 33 emas, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin pada Isnin lepas turut menyasarkan kontinjen negara membawa pulang 51 perak dan 58 gangsa pada APG 2023.
Dalam pada itu, Pekan mengharapkan agar penyertaan atlet negara di APG 2023 mendapat perhatian meluas daripada peminat sukan tempatan.
Katanya, kontinjen negara wajar diberikan sokongan padu kerana temasya APG juga penting buat perkembangan atlet para dan bukannya hanya memberikan tumpuan sewaktu mereka beraksi di Sukan Paralimpik.
Malaysia akan mengambil bahagian dalam 13 daripada 14 jenis sukan dipertandingkan di Kemboja termasuk satu sukan demonstrasi iaitu e-sukan.
Daripada jumlah itu, Malaysia akan mengambil bahagian dalam 153 acara iaitu 35.66 peratus daripada 429 acara yang dipertandingkan.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam Mohd Sadek Mustafa pula berpendapat sasaran diletakkan itu adalah realistik dan mampu dicapai di Kemboja.
Katanya, kontinjen negara juga berpeluang menaikkan semula imej sukan negara setelah maruah Malaysia tercalar susulan persembahan buruk dipamerkan atlet normal di Sukan SEA 2023, baru-baru ini.
Pada Sukan SEA 2023, Malaysia membawa pulang keseluruhan 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa di Kemboja, iaitu pencapaian yang sedikit lebih baik daripada kutipan 31 emas pada edisi 1995 di Chiang Mai, Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
Pekan mengharapkan agar penyertaan atlet negara di APG 2023 mendapat perhatian meluas daripada peminat sukan tempatan. - Gambar fail/Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
Sukan bina badan selari gaya hidup, disiplin PDRM - KPN
Penganjuran acara sukan bina badan dilihat selari dengan imej PDRM pada masa ini yang mengutamakan disiplin dan gaya hidup sihat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Malaysia sedia jadi tuan rumah AUG 2026 - Mustapha
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026, kata Timbalan Menterinya Datuk Mustapha Sakmud.
Sukan SEA: Makaf kemuka rayuan kepada Thailand
Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) akan mengemukakan rayuan kepada tuan rumah Thailand, untuk menyenaraikan semula karate untuk dipertandingkan di Sukan SEA 2025.
Sukan SEA 2027: Sarawak sedia jadi hos bersama, lokasi acara perasmian
Abang Johari berkata Sarawak juga bersedia untuk berkongsi kos penganjuran Sukan SEA 2027 bersama Kerajaan Persekutuan.
Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk memasukkan beberapa sukan berpotensi pingat bagi Malaysia dalam Sukan SEA 2025 di Thailand.
Atlet menembak dinobat olahragawan, olahragawati TLDM 2023
PAP Mohd Azlan Md Salleh dan Leftenan Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati TLDM 2023 pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan TLDM.
Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara
Hannah berkata sesi libat urus itu juga bertujuan melihat sama ada terdapat minat dari negeri lain untuk menjadi tuan rumah bersama Putrajaya.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.