KUALA LUMPUR: Atlet menembak Bintara Muda PAP Mohd Azlan Md Salleh dan Leftenan Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 2023 pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan TLDM pada Ahad.
TLDM dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua atlet berkenaan masing-masing menerima trofi dan hadiah wang tunai RM3,000 daripada Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob pada majlis yang berlangsung di Auditorium M. Sidek Shabudin, Pangkalan TLDM Lumut Perak.
Menurut kenyataan itu pemilihan mereka adalah berdasarkan pencapaian cemerlang di peringkat kebangsaan termasuk kesungguhan dan komitmen di luar kebiasaan serta kemampuan dalam menghasilkan prestasi yang membanggakan perkhidmatan.
"Turut dinobatkan Bintara Kanan PAP Mohd Khairil Hafiz Mohd Zanggi daripada sukan bola sepak sebagai Jurulatih Sukan Terbaik TLDM 2023, manakala Persatuan Bola Sepak dan Futsal TLDM masing-masing merangkul Anugerah Persatuan Sukan Terbaik TLDM 2023 dan Anugerah Khas Pencapaian Luar Jangkaan 2023," menurut kenyataan itu.
TLDM memaklumkan majlis itu turut dianjurkan sebagai penghargaan atas pencapaian cemerlang atlet yang berjaya mempertahankan kejuaraan dalam Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ISG) untuk kali ke-14 berturut-turut dan sambutan Jubli Emas Lembaga Kawalan Sukan TLDM (LEKAS) yang ditubuhkan pada 1974.
Sementara itu, Abdul Rahman dalam ucapannya berbangga dengan pencapaian TLDM dalam kejohanan ISG dan Sukan SEA ke-32 di Kemboja tahun lepas serta menyeru agar setiap program yang dianjurkan LEKAS dijadikan lebih berimpak tinggi dan meningkatkan kolaborasi bersama agensi lain untuk kebaikan bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024

Kedua-dua atlet berkenaan masing-masing menerima trofi dan hadiah wang tunai RM3,000 daripada Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob. - Foto X/TLDM
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.