KUALA LUMPUR: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dalam perancangan untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji tahun ini sebagai persiapan mengharungi Sukan SEA Thailand 2025.
Setiausaha Kehormat KRM Fahmy Jalil berkata tiga negara berkenaan berada dalam radar badan induk sukan itu dalam usaha memantapkan pasukan negara, namun rancangan itu tertakluk kepada keputusan Majlis Sukan Negara (MSN).
"Perancangan itu ada, kita kena tengok kewangan dahulu macam mana serta sokongan MSN. Kami sudah hantar permohonan itu sekali gus berharap agar dapat pendedahan di luar negara pada masa akan datang," katanya kepada Bernama.
Fahmy berkata demikian ketika ditemui pada Kejohanan KL Tigers Ragbi Antarabangsa 10s di Bukit Kiara di sini hari ini.
Beliau berkata skuad ragbi 7s negara, bagaimanapun pada masa ini akan memberi tumpuan penuh kepada penyertaan Siri Ragbi Dunia Tujuh Sebelah di Singapura pada Mei ini sebelum mencongak langkah jauh ke temasya sukan dwitahunan itu.
"Apa pun kita kena pastikan dapat berikan keputusan yang baik dalam Siri Ragbi Dunia Tujuh Sebelah lepas itu baru bincang langkah seterusnya sebab ia akan berlangsung dua bulan lagi, jadi tak berbaloi nak hantar pasukan ke luar negara dalam masa terdekat.
"Lepas habis kejohanan itu, kita ada tiga bulan lagi untuk berlatih untuk Kejohanan Asia Rugby Seven Series pada September pula," katanya.
Ragbi 7s tidak dipertandingkan pada Sukan SEA Kemboja 2023, namun berpeluang besar untuk kembali pada edisi Thailand 2025, Kuala Lumpur (2027) dan Singapura pada 2029.
Pencapaian terbaik skuad 7s negara adalah dengan merangkul pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024

Fahmy berkata tiga negara berkenaan berada dalam radar badan induk sukan itu dalam usaha memantapkan pasukan negara. - Gambar fail/Bernama

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.

Malaysia juarai Ragbi Asia 7s
Malaysia merangkul kejuaraan tersebut selepas menewaskan Singapura 17-14 pada final.