Pemain berusia 39 tahun itu memegang rekod pemain lelaki dengan penampilan dan gol paling banyak dalam bola sepak antarabangsa, di mana dia menjaringkan 130 gol daripada 212 perlawanan.
Bagaimanapun, masa depannya menjadi tanda tanya usai kempen Euro 2024, di mana dia gagal menemui sasaran dalam lima perlawanan.
Kejohanan di Jerman itu merupakan penampilan keenam Ronaldo dalam kejohanan utama dan dia juga memegang rekod sebagai pemain Eropah pertama beraksi 50 perlawanan dalam kejohanan utama.
"Apabila tiba masanya, saya akan bersara. Ia tidak akan menjadi keputusan yang sukar untuk dilakukan.
"Jika saya rasakan yang saya tidak dapat menyumbang apa-apa, saya akan menjadi orang pertama untuk meninggalkannya," katanya.
Penyerang itu kekal tersenarai dalam skuad kebangsaan Portugal bagi perlawanan Liga Negara-Negara Eropah menentang Croatia dan Scotland bulan ini dan jika dapat menjaringkan gol, ia akan menjadi jaringan yang ke-900 dalam kariernya. -- Stadium Astro