Penjaga gawang baru yang ditandatangi Liverpool, Alisson, mendedahkan bekas rakan sepasukan di AS Roma, Mohamed Salah, menghantar teks yang mendorongnya untuk melengkapkan perpindahan ke Anfield.
Ketibaan Alisson di Merseyside disahkan malam tadi menerusi rekod perpindahan penjaga gol di dunia yang boleh meningkat kepada 65 juta pound (RM343.8j).
Pemain berusia 25 tahun itu berkongsi bilik persalinan dengan Salah di Stadio Olimpico semasa kempen 2017 sebelum pemain antarabangsa Mesir berkenaan berlepas ke Liverpool, di mana dia muncul bintang utama musim lalu.
Sehubungan itu, Alisson mengatakan Salah telah menghubunginya sebaik spekulasi perpindahan itu tercetus.
"Kami jarang berhubung selepas dia meninggalkan Roma," kata Alisson kepada laman sesawang rasmi Liverpool. "Kami bertemu semula dalam perlawanan ketika bertemu dalam Liga Juara-Juara (UCL) pada April.
"Semalam, dia menghantar mesej kepada saya: 'Hei, apa yang anda tunggu lagi?' Ketika rundingan sedang rancak, saya segera menjawabnya dengan berkata: 'Tenang, saya sedang dalam perjalanan!'
"Saya sangat gembira kerana berpeluang untuk beraksi di sampingnya. Selain menjadi pemain yang hebat, dia memiliki karakter yang hebat dan merupakan orang yang hebat - itu yang paling penting.
"Untuk bersama dengan orang dan pemain yang hebat setiap hari adalah menarik buat saya."
Astro Arena
Fri Jul 20 2018

Alisson (kanan) mengatakan Salah (kiri) telah menghubunginya sebaik spekulasi perpindahan itu tercetus.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Manchester City belasah Liverpool 4-1
Manchester City mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL)

Liverpool benam Norwich 4-1
Perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menyaksikan Liverpool mendominasi perlawanan ke atas pendatang baharu, Norwich City.

Copa America: Brazil perit atasi Paraguay
Brazil menang menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Paraguay untuk mara ke separuh akhir Copa America.

'Apa tunggu lagi?' - Alisson dedah mesej dihantar Salah
Ketibaan Alisson di Merseyside disahkan malam tadi menerusi rekod perpindahan penjaga gol di dunia yang boleh meningkat kepada 65 juta pound (RM343.8j).

Alisson penjaga gol terbaik dunia - Conti
Lupakan tentang David De Gea, Thibaut Courtois, Marc-Andre ter Stegen, Manuel Neuer dan Ederson, hakikatnya Alisson adalah penjaga gol terbaik dunia ketika ini.

Bola sepak persahabatan: Brazil tebus maruah kalahkan Jerman
Gabriel Jesus muncul wira Brazil dengan gol kemenangan untuk menebus kekalahan memalukan pada 2014.