TOKYO: Jaguh memanah kebangsaan, S. Suresh sama sekali tidak menduga hujan serta angin kuat ketika beraksi di pusingan pertama acara recurve lelaki terbuka memadam api perjuangannya di Sukan Paralimpik Tokyo.
Juara memanah dunia 2019 itu mengakui dua faktor berkenaan merupakan punca beliau terlepas peluang untuk menghadiahkan pingat buat negara selepas ditunjuk jalan keluar lebih awal hari ini.
Suresh, yang membuat penampilan pertamanya di pentas Paralimpik, tumpas 2-6 kepada pemanah Jawatankuasa Paralimpik Rusia Bato Tsydendorzhiev, dalam saingan yang berlangsung di Lapangan Memanah Yumenoshima Park itu.
"Saya tak sangka hujan dan angin kuat ketika bermain tadi sehinggakan angin pun tolak badan saya, seterusnya menjadikan anak panah menjadi berat lalu menyebabkan panahan tersasar.
"Keadaan ketika latihan sebelum beraksi tadi juga berbeza kerana tiada angin dan saya dapat buat panahan tepat namun lain jadinya di gelanggang, memang bukan rezeki saya kali ini," kata atlet dengan berat badan 53 kilogram itu kepada Bernama ketika ditemui selepas beraksi.
Menurutnya, kekurangan aksi kompetitif di peringkat antarabangsa sejak 2019 gara-gara pandemik COVID-19 juga menjejaskan persembahannya kali ini.
BACA: Impian pingat Suresh berkecai, tersingkir awal di Paralimpik Tokyo
BACA: Laluan penuh ranjau bagi Suresh dakap gelaran dunia
Suresh berkata kebanyakan pemanah lain mempunyai pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa walaupun dengan situasi pandemik yang masih melanda dunia ketika ini dan keadaan itu menyebabkan mereka mempunyai kelebihan ketika bertanding di Tokyo.
Bagaimanapun, bapa kepada seorang anak lelaki itu menerima keputusan dicapai di Jepun itu dengan positif walaupun telah mengecewakan harapan keluarga dan rakyat Malaysia yang mahu melihatnya menyinar di Sukan Paralimpik.
"Saya perlu positif dan tidak perlu salahkan diri sendiri. Mujur, isteri saya pernah berpesan walau apa pun terjadi, you telah buat yang terbaik dan perlu kekal positif tidak kira menang atau kalah," katanya.
Suresh, yang kehilangan kaki kirinya pada usia 13 tahun selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya itu berkata pengalaman ditimbanya di Tokyo akan digunakan sebaik mungkin untuk mencuba memberi saingan lebih hebat mencabar kedudukan podium di Paris 2024 nanti.
BACA: Paralimpik Tokyo: Suresh, Wiro perbaharui rekod musim terbaik dalam aksi pertama
BACA: Suresh bakal uji panahan di kejohanan simulasi bulan depan
Namun, atlet berusia 28 tahun dari Kedah itu tekad untuk bangkit dengan segera pada pertandingan tahun depan termasuk mengumpul mata sebanyak mungkin di kejohanan dunia bagi mencerahkan peluangnya layak ke Paris 2024.
"Saya akan kembali dengan lebih hebat, saya nak buktikan sesuatu kepada orang yang pandang rendah kepada saya, tunggu dan lihat," katanya.
Berikutan prestasi kurang baik ditonjolkannya di Sukan Paralimpik, Suresh berazam untuk memperbaiki teknik latihannya selain membiasakan diri berlatih dalam cuaca hujan serta keadaan angin yang kuat.
Dalam pada itu, beliau memberitahu akan berehat sementara sehingga hujung tahun ini bagi mengambil peluang untuk melepaskan rindu berjumpa keluarganya di Kedah selepas kali terakhir menjenguk mereka empat bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021
!['Angin pun tolak badan saya' - Suresh 'Angin pun tolak badan saya' - Suresh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630648047_SSuresh.jpg)
Suresh beraksi dalam acara recurve menentang Bato Tsydendprzhiev dari RPC pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Lapangan Memanah Yumenoshima Park, hari ini. --fotoBERNAMA
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Paralimpik Paris 2024: S. Suresh tampil beri penjelasan tidak guna teknologi ISN Paralimpik Paris 2024: S. Suresh tampil beri penjelasan tidak guna teknologi ISN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725502515_SSuresh.jpg)
Paralimpik Paris 2024: S. Suresh tampil beri penjelasan tidak guna teknologi ISN
Suresh menjelaskan, ISN sebenarnya menyediakan grip baru tetapi dia memilih untuk tidak menggunakannya.
!['Angin pun tolak badan saya' - Suresh 'Angin pun tolak badan saya' - Suresh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630648047_SSuresh.jpg)
'Angin pun tolak badan saya' - Suresh
Juara memanah dunia 2019 itu mengakui dua faktor jadi punca beliau terlepas peluang untuk menghadiahkan pingat buat negara.
![Impian pingat Suresh berkecai, tersingkir awal di Paralimpik Tokyo Impian pingat Suresh berkecai, tersingkir awal di Paralimpik Tokyo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630636518_Sureshkandaspusi.jpg)
Impian pingat Suresh berkecai, tersingkir awal di Paralimpik Tokyo
Bato Tsydendorzhiev menewaskan Suresh dengan keputusan 6-2 pada pusingan pertama atau peringkat penyingkiran 1/16 itu.
![Paralimpik Tokyo: Suresh, Wiro perbaharui rekod musim terbaik dalam aksi pertama Paralimpik Tokyo: Suresh, Wiro perbaharui rekod musim terbaik dalam aksi pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61630075409_Suresh.jpg)
Paralimpik Tokyo: Suresh, Wiro perbaharui rekod musim terbaik dalam aksi pertama
Dua pemanah negara, S. Suresh dan Wiro Julin memulakan aksi pertama di Sukan Paralimpik dengan memperbaiki catatan peribadi terbaik musim ini dalam pusingan penentuan ranking di sini, hari ini.
![Lima atlet Paralimpik berpotensi besar menyinar di Tokyo Lima atlet Paralimpik berpotensi besar menyinar di Tokyo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628757848_SummerParalymp.jpg)
Lima atlet Paralimpik berpotensi besar menyinar di Tokyo
Sukan Paralimpik Tokyo 2020 disertai sejumlah 22 atlet negara dan akan menggalas cabaran dalam sembilan jenis sukan dan 32 acara secara keseluruhan.
![Suresh bakal uji panahan di kejohanan simulasi bulan depan Suresh bakal uji panahan di kejohanan simulasi bulan depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599062429_Suresh.jpg)
Suresh bakal uji panahan di kejohanan simulasi bulan depan
Kejohanan simulasi ini adalah bagi memastikan prestasi atlet para dan memanah kebangsaan sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
![Atlet negara teruja kembali ke Bukit Jalil Atlet negara teruja kembali ke Bukit Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41590720120_RoadToTokyo.jpg)
Atlet negara teruja kembali ke Bukit Jalil
Seramai 142 atlet, pegawai sukan dan staf sokongan dari MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) melapor diri untuk kem latihan pusat program Road to Tokyo (RTT) 2020 di Bukit Jalil yang bermula semalam.
![Laluan penuh ranjau bagi Suresh dakap gelaran dunia Laluan penuh ranjau bagi Suresh dakap gelaran dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560170729_Suresh.jpg)
Laluan penuh ranjau bagi Suresh dakap gelaran dunia
Bukan sahaja terpaksa bergantung perjalanan hidup dengan kaki palsu, Suresh ditimpa pelbagai kesusahan apabila ayahnya 'meninggalkan' keluarga tanpa berita.
![Suresh raih emas di Kejohanan Memanah Para Dunia Suresh raih emas di Kejohanan Memanah Para Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560093890_TBSSuresh.jpg)
Suresh raih emas di Kejohanan Memanah Para Dunia
Pemanah recurve negara, S.Suresh membanggakan Malaysia apabila menjuarai acara recurve lelaki terbuka dalam Kejohanan Memanah Para Dunia 2019, di Hertogenbosch, Belanda.
!['Saya disepak ketika terjatuh di atas kaki Adib' - Saksi 'Saya disepak ketika terjatuh di atas kaki Adib' - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51543286446_KUIL.jpg)
'Saya disepak ketika terjatuh di atas kaki Adib' - Saksi
Saksi ke-8 dalam prosiding inkues kes Arwah Muhammad Adib Mohd Kassim bahawa dia ditendang ketika terjatuh ke atas seorang anggota bomba yang bersandar kepada 'bumper' sebuah kereta dalam kejadian.