CARLO Ancelotti mengisytiharkan bahawa dia tidak berhasrat untuk meninggalkan Real Madrid pada penghujung musim ini.
Ancelotti menikmati tempoh kedua yang gemilang sebagai ketua jurulatih Los Blancos selepas kembali ke kelab itu pada Julai 2021, memenangi Liga Juara-Juara dan LaLiga musim lalu.
Pengendali kelahiran Itali telah menjadi tulang belakang kejayaan Piala Dunia Kelab dan Piala Super UEFA, dengan Madrid dalam usaha memburu trofi Liga Juara-Juara sekali lagi musim ini dan Copa del Rey.
Barcelona mendahului 13 mata daripada Madrid di puncak La Liga, jadi nampaknya hanya tinggal menunggu masa sebelum juara bertahan itu ditewaskan dalam perebutan takhta liga.
Ancelotti hanya berbaki setahun dalam kontraknya dan pemain berusia 63 tahun itu telah dikaitkan dengan jawatan mengendalikan skuad Brazil, tetapi dia tidak bercadang untuk menamatkan tempoh perkhidmatannya di ibu negara Sepanyol itu.
Dia memberitahu wartawan semalam, "Saya berasa bangga dengan segala-galanya, saya memperoleh kejayaan setakat ini. Saya berharap untuk meneruskan, tetapi saya bangga dengan apa yang telah saya capai.
"Saya rasa [Presiden Madrid Florentino] Perez menyokong saya. Presiden sentiasa sangat menyayangi saya, kami akan berada di sini musim depan tanpa ragu-ragu, saya akan menghormati kontrak."
Ancelotti telah menerima kritikan daripada pihak tertentu musim ini.
Dia menambah, "Ini adalah bola sepak, kami telah berjaya dalam beberapa pertandingan, tetapi anda perlu menunggu untuk menilai. Saya mendengar kritikan, itu perkara biasa. Kita perlu hidup dalam dunia di mana anda perlu mendengar pandapat orang ramai, kelab, pemain.
"Sesetengah kritikan boleh difahami, yang lain tidak dan apa yang anda boleh faham membantu untuk bertambah baik."
Astro Arena
Sat Apr 15 2023

Carlo Ancelotti. - Gambar fail/Astro ARENA
Mogok pekerja: hampir 300 penerbangan terjejas di Hamburg
Hampir 300 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lapangan Terbang Hamburg pada Ahad selepas pekerja perkhidmatan darat melancarkan mogok tanpa notis awal.
Pasca perang : pemimpin Syria ikrar tumpaskan pemberontak Pro-Assad
Pemimpin baharu Syria, Ahmed Sharaa, berikrar untuk memburu pihak yang terlibat dalam pertempuran ganas antara penyokong setia bekas Presiden Bashar al-Assad dan kerajaan baharu negara itu.
Perang di Ukraine: tentera Rusia kuasai tiga penempatan baharu di Kursk
Tentera Rusia pada Ahad berjaya menawan semula tiga lagi penempatan di wilayah barat Kursk dalam usaha mengusir pasukan Ukraine yang menguasai sebahagian wilayah itu sejak tujuh bulan lalu susulan pencerobohan rentas sempadan.

Casteels angkat kaki, protes kepulangan Courtois
Casteels berang dengan tindakan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB) yang dilihat membuka pintu seluas-luasnya untuk Courtois.

EPL: Manchester United tak rela dicop 'park the bus'
Walaupun mendahului dalam babak pertama, mereka akhirnya terpaksa berpuas hati apabila Declan Rice menyamakan kedudukan.
Gencata senjata: Israel henti bekalan elektrik ke Gaza, tekan Hamas
Israel pada Ahad mengumumkan akan menghentikan bekalan elektrik ke Gaza.
Gencatan senjata: A.S dan Hamas runding bebas tebusan di Gaza
Pemimpin Hamas mengadakan beberapa pertemuan dengan perunding tebusan Amerika Syarikat, Adam Boehler, bagi membincangkan pembebasan seorang tahanan Amerika-Israel yang ditahan oleh kumpulan itu di Gaza.
Letupan di Golok: Thailand jamin tingkatkan keselamatan penduduk
Kementerian Pertahanan Thailand memberi jaminan bahawa agensi keselamatannya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan penduduk di selatan Thailand susulan beberapa insiden pengeboman dan tembakan, pada Sabtu.
Keselamatan: Tangguh perjalanan tak penting ke Yala, Narathiwat dan Pattani - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang akan dan sedang berada wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani di Thailand dinasihat mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa berwaspada susulan beberapa insiden keselamatan yang berlaku, baru-baru ini.

Parti Liberal Kanada pilih Mark Carney ganti Justin Trudeau
Walaupun Carney akan ambil alih kepemimpinan Parti Liberal, Trudeau, bagaimanapun, akan kekal sebagai PM Kanada untuk tempoh peralihan.

LaLiga: Kylian Mbappe penyerang terbaik di dunia - Ancelotti
Carlo Ancelotti gembira dengan persembahan Kylian Mbappe ketika membantu Real Madrid menang 4-1 ke atas Las Palmas, awal pagi tadi.

Copa del Rey: Ancelotti sambut positif cemuhan penyokong Real Madrid
Ancelotti memahami perasaan peminat kelab yang mengejek barisannya dalam kemenangan 5-2 pusingan 16 Copa del Rey ke atas Celta Vigo pagi tadi.

Supercopa de Espana: Ancelotti tempelak Real Madrid khianati taktikalnya
Barisannya ditumbangkan dengan mudah dalam pertemuan itu sungguhpun Mbappe terlebih dahulu meletakkan mereka di depan pada minit kelima.

LaLiga: 'Bukan mudah Vinicius Junior tanggung penderaan perkauman'
Ancelotti optimis pemainnya akan terlepas daripada penggantungan minimum dua perlawanan.

LaLiga: Carlo Ancelotti optimis misi Real Madrid buru kejuaraan semakin hampir
Pencabar terdekat, Barcelona, telah mendahului sejak Ogos lalu, walaupun hanya melakar satu kemenangan dalam tujuh perlawanan liga.

LaLiga: Ancelotti optimis Kylian Mbappe sudah kembali temui rentak
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, percaya kritikan diri Kylian Mbappe telah meningkatkan kembali prestasinya di Los Blancos.

Ancelotti berisiko dipecat
Tekanan semakin meningkat ke atas pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti susulan kekalahan 1-3 kepada AC Milan dalam aksi Liga Juara-Juara.

'Kami terluka' - Luah Ancelotti selepas Real Madrid tewas kepada Barcelona
Carlo Ancelotti menjelaskan Real Madrid tidak perlu 'membuang segala-galanya ke dalam tong sampah' selepas tewas 4-0 kepada Barcelona.

Ancelotti tidak bimbang kecederaan Mbappe
Jurulatih Carlo Ancelotti meyakinkan peminat Real Madrid berikutan keputusan menggantikan Kylian Mbappe dalam menentang Deportivo Alaves.

LaLiga: Carlo Ancelotti bakal kendali aksi ke-300 bersama Real Madrid
Sejak kembali ke Santiago Bernabeu pada 2021, dia telah mengendalikan 180 perlawanan berbanding ketika pada tahun 2013 hingga 2015.