KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Terbuka All England 2022 di Birmingham, dengan sempurna apabila berjaya menempah tempat ke pusingan kedua, malam tadi.
Berlangsung di Utilita Arena Birmingham, Zii Jia yang merupakan pemain pilihan keenam, mengambil masa 43 minit untuk menundukkan pemain Jepun, Kenta Nishimoto, 21-16, 21-17.
Zii Jia, yang menduduki ranking ketujuh terbaik dunia, dijangka menempuh laluan mudah ke suku akhir yang dijadual bertemu Brian Yang hari ini selepas pemain Kanada bukan pilihan itu, bangkit daripada ketinggalan menewaskan Sitthikom Thammasin dari Thailand, 16-21, 21-19, 22-20, semalam.
Sementara itu, pemenang gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke peringkat seterusnya berikutan kemenangan ke atas gandingan Scotland, Christopher Grimley-Matthew Grimley, 21-14, 21-19.
Aaron-Wooi Yik, gandingan pilihan keempat akan menentang He Ji Ting-Tan Qiang dari China.
Ji Ting-Tan Qiang berjaya ke pusingan kedua apabila menyingkirkan gandingan negara yang baru dinobatkan juara Terbuka Jerman 2022 Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam rubber set, 21-15, 19-21, 21-11.
Dalam pada itu, pasangan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah dengan mudah menumpaskan pasangan tidak ternama dari Brazil apabila pasangan ranking 15 dunia itu mara ke pusingan kedua, menewaskan pasangan dari Brazil, Jaquelina Lima-Samia Lima, 21-8, 21-12.
Pearly-Thinaah akan menentukan slot ke suku akhir menentang Rin Iwanaga-Kie Nakanishi selepas gandingan Jepun itu menundukkan beregu India, Ashwini Ponnappa-Reddy N. Sikki, 21-9, 21-13.
Bagi kategori beregu campuran, gandingan profesional Malaysia ke-13 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie sekali lagi tumpas pada pusingan pertama menentang pasangan Denmark, Mathias Thyrri-Amalie Magelund, yang menduduki ranking 765 dunia, 21-18, 21-16.
Minggu lepas, Soon Huat-Shevon gagal mara ke pusingan kedua Terbuka Jerman 2022 selepas mereka tewas kepada Callum Hemming-Jessica Pugh dari England, 21-14, 13-21, 12-21.
Keputusan Lain
---------------------
(Nota: Pemain Malaysia kecuali dinyatakan)
Beregu Lelaki:
Ben Lane-Sean Vendy (ENG) mn Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong 21-14, 22-20
Takuro Hoki-Yugo Kobayashi (JPN) mn Man Wei Chong-Tee Kai Wun 21-17, 18-21, 23-21
Beregu Wanita:
Kim Soyeong-Kong Heeyong (KOR) mn Vivian Hoo-Lim Chiew Sien 21-9, 21-12
Beregu Campuran:
Ong Yew Sin-Goh Liu Ying mn Callum Hemming-Jessica Pugh (ENG) 17-21, 21-17, 21-11
Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mn Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso (INA) 21-14, 13-21, 21-16
Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mn Venkat Gaurav Prasad-Juhi Dewangan (IND) 21-9, 21-13
Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA) mn Chen Tang Jie Peck Yen Wei 21-10, 21-18
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
Zii Jia mengambil masa 43 minit untuk menundukkan pemain Jepun, Kenta Nishimoto, 21-16, 21-17.- Gambar fail
Amerika sekat waran tangkap ICJ buat Netanyahu
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis secara majoritinya bersetuju untuk menyekat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta bekas menteri pertahanannya atas jenayah perang di Gaza. Ia dilaksanakan dalam proses undian di Dewan Perwakilan yang menyaksikan sebanyak 243 berbalas 140 menyokong tindakan untuk membenarkan ICJ melaksanakan waran tangkap terhadap pemimpin rejim zionis berkenaan.
Romi, robot khas tangani depresi
Syarikat teknologi Amerika Syarikat, Nevada by Mixi Incorporation memperkenalkan rekaan robot yang berfungsi untuk menangani masalah kemurungan atau depresi. Robot yang dikenali sebagai Romi Lacatan itu mempunyai multi-fungsi yang dicipta khas dengan menggabungkan elemen dalam rumah memastikan ia berkomunikasi menggunakan empati serta berkomunikasi secara semula jadi.
China berhubung rapat dengan WHO
Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Guo Jiakun, berkata, Kerajaan China memandang serius kesihatan rakyat dan warga asing di negara itu.
Sejarah dan budaya Itali diketengah Dolce&Gabbana di Paris
Jenama fesyen Itali, Dolce&Gabbana mengadakan pameran yang menampilkan 200 rekaan asli di Paris pada Jumaat.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah mengeluarkan perintah tangguh sementara, penggantungan prosiding secara peruntukan, yang menjadikan semua langkah berkaitan perjanjian itu jeda sehingga keputusan muktamad dicapai.
Kerajaan sedang teliti RUU digital tangani 'scam'
Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk meminda rang undang-undang berkaitan kuasa digital bagi mengawal media sosial dalam menangani scam atau penipuan dalam talian.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pindaan itu antara lain memasukkan syarikat telekomunikasi sebagai antara pihak yang bertanggunjawab untuk mengekang jenayah berkenaan dengan dikoordinasikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
KPKM nafi dakwaan harga belian diturunkan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah).
Empat PPS dibuka di Kota Tinggi
Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Tinggi Johor.
CEO syarikat penyiaran antara 5 ditahan kes ubah wang haram
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
[TERKINI] Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum tersebut.
Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Lee Zii Jia tidak akjan menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.
Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia, permohonan maaf memadai - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pemohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.