LONDON: Harapan gandingan Pearly Tan-M. Thinaah yang dinobatkan sebagai Juara Terbuka Switzerland baru-baru ini untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan All England 2021, musnah apabila mereka tewas kepada pasangan Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun dalam saingan suku akhir.
Pearly-Thinaah menampilkan persembahan yang baik pada awalnya, sebelum tewas kepada pasangan Jepun itu dengan 21-12, 20-22, 21-16, dalam masa sejam, di Utilita Arena di Birmingham.
Selepas permulaan yang goyah di set pertama, Pearly-Thinaah enggan menyerah kalah di set kedua apabila mereka bangkit kembali untuk membawa perlawanan ke set penentuan.
Namun di set ketiga, pasangan muda negara yang diletakkan sebagai pasangan bukan pilihan, gagal mengembalikan kehebatan mereka, dan tewas pada pasangan pilihan kelima kejohanan.
Pasangan Nami-Chiharu akan berhadapan dengan rakan senegara, Mayu Matsutomo-Wakana Nagahara hari ini untuk melangkah ke pentas final, Ahad ini.
Terdahulu pemain perseorangan utama negara Lee Zii Jia mengejutkan pemain nombor satu dunia Kento Momota dari Jepun untuk mara ke perlawanan peringkat separuh akhir kejohanan badminton tertua dunia itu.
Zii Jia menewaskan pilihan pertama Momota dengan 21-16, 21-19 dalam masa 55 minit, dan seterusnya beliau akan berhadapan dengan Mark Caljouw dari Belanda, hari ini.
Cabaran Malaysia yang tinggal kini bergantung pada dua pasangan beregu campuran yang melibatkan pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, dandingan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, yang akan berentap dengan pasangan dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.
Pasangan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga kini mengintai peluang untuk ke peringkat separuh akhir, dan mereka dijadual bertemu dengan pasangan Jepun Yuta Watanebe-Arisa Higashino di suku akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 19 2021
Pearly Tan-M. Thinaah tewas kepada pasangan Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun dalam saingan suku akhir. -Gambar fail
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Zii Jia rehat seminggu - Hendrawan
Pemain perseorangan utama negara Lee Zii Jia perlu berehat seminggu selepas mengalami kecederaan belakang pada pusingan pertama di Masters Indonesia 2021 semalam.
Warna-warni berita dan isu jadi tumpuan sepanjang Mac 2021
Akhirnya kita berjaya melalui pelbagai kisah menarik yang berlaku di negara melibatkan isu-isu semasa, politik, jenayah, hiburan, sukan dan luar negara sepanjang 31 hari, bulan ini.
All England: Peng Soon-Liu Ying tumpas kepada pasangan bukan pilihan dari Jepun
Peng Soon-Liu Ying, pilihan ketiga kejohanan, jelas gagal menandingi kehebatan lawan apabila tewas dengan 21-14 di set pertama lagi.
All England: Harapan Pearly-Thinaah ke separuh akhir musnah
Harapan gandingan Pearly Tan-M. Thinaah yang dinobatkan sebagai Juara Terbuka Switzerland baru-baru ini untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan All England 2021, musnah apabila mereka tew