Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee mengesahkan aksi persahabatan menentang Indonesia pada 21 Mei ini akan diteruskan seperti biasa.
Pengendali berusia 45 tahun itu berkata, beliau masih menunggu surat rasmi berhubung perlawanan berkenaan daripada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) berhubung venue perlawanan.
Skuad B-23 negara terlebih dahulu akan diuji oleh pasukan Liga Perdana Sabah di Kota Kinabalu pada aksi pemanas badan kedua, 15 Mei ini.
"Jika kita tidak dapat perlawanan menentang Indonesia, ini akan merencatkan perancangan saya (menghadapi Sukan SEA 2015)," kata Kim Swee ketika ditemui pemberita selepas perlawanan persahabatan pertama skuad B-23 negara menentang kelab Liga FAM, Real Mulia FC (RMFC), di Padang Pusat Latihan Maybank di sini, pada Isnin.
Skuad B-23 negara ketinggalan 0-1 pada babak pertama hasil jaringan pemain RMFC Saufie Hamid pada minit ke-27 sebelum bangkit meledak empat gol menerusi dua jaringan S. Kumaahran pada minit ke-48 dan 84, Adam Nor Azlin (64') dan Mohd Syazwan Tajudin (67').
Dalam pada itu, Kim Swee berkata, beliau masih menunggu maklum balas daripada penganjur Sukan SEA untuk membenarkan penyerang Johor Darul Ta'zim II, Shafiq Shaharuddin dimasukkan dalam senarai awal 29 pemain ke temasya sukan berkenaan.
Kim Swee dilaporkan tidak mendaftarkan nama Shafiq pada pendaftaran awal pemain ke Sukan SEA 2015 setelah pemain itu mengalami kecederaan ketika beraksi bersama pasukan JDT II dalam saingan Liga Perdana.
"Saya berharap kita dapat selesaikan perkara berkenaan dalam masa terdekat, selewat-lewatnya penghujung minggu ini," kata bekas pemain kebangsaan era 90-an itu.
Mengulas perlawanan hari ini, Kim Swee berpuashati dengan persembahan ditampilkan pemain kendaliannya dan berharap mereka akan mempamerkan aksi lebih cemerlang dalam baki perlawanan persahabatan.
Beliau turut mengingatkan kesemua pemain untuk bekerja keras kerana tiada slot automatik akan diberikan untuk beraksi pada temasya sukan dwitahunan itu.
Kim Swee dijangka menamakan senarai akhir 20 pemain ke Sukan SEA 2015 pada 27 Mei ini.
Sementara itu, jurulatih RMFC, Yunus Aliff memuji skuad B-23 negara yang mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan itu dan yakin mereka akan melakar keputusan positif dalam saingan Sukan SEA nanti.
Beliau yang pernah mengendalikan beberapa pasukan tempatan menjelaskan hanya menurunkan barisan kedua pada perlawanan itu memandangkan skuad utama mereka menentang wakil kelab Pahang, Shahzan Muda pada aksi Liga FAM di Stadium Darul Makmur, Kuantan, pada Ahad.
"Kami mempunyai skuad besar seramai 36 pemain, jadi tiada masalah. Saya beritahu pemain supaya merebut peluang dapat berdepan skuad B-23 negara ini untuk menimba pengalaman," jelas Yunus.
Bernama
Tue May 12 2015
KIM SWEE: Aksi persahabatan menentang Indonesia 21 Mei berjalan seperti dirancang. -Gambar fail
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Polis tembak polis kerana pengusaha lombong haram
Insiden polis menembak rakan setugas berlaku lagi di Indonesia, kali ini terjadi di balai polis Solok Selatan, Sumatera Barat.
Indonesia: Bakar suami selepas periksa akaun bank berkurangan
Seorang wanita hilang kewarasan apabila bertindak membakar suaminya, selepas tidak berpuas hati melihat akaun bank mangsa berkurangan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
Ernie Zakri menang anugerah pertama di Indonesia, 'Masing Masing' dinobat Soundtrack Sinetron Paling Ngetop
Penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri terus melakar kejayaan apabila lagu hits nyanyiannya iaitu Masing Masing berjaya merangkul anugerah di Indonesia, pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sejarah tercipta, Indonesia secara rasminya pasukan paling berjaya ASEAN
Selepas menewaskan pasukan Arab Saudi, Indonesia secara rasminya dinobatkan selaku gergasi Asia Tenggara paling berjaya dalam sejarah.
Indonesia unjur pertumbuhan eksport sehingga 9.6 peratus menjelang 2029
Kementerian Perdagangan Indonesia meramalkan penghantaran ke luar negara berpotensi meningkat sehingga 9.6 peratus menjelang 2029.
Malaysia perlu bantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu - Pakar
Malaysia perlu membantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu memandangkan pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara sedang pesar dibangunkan.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.