KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil dikekalkan sebagai venue aksi sulung kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya dan Kyrgyzstan pada 16 Nov ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Noor Azman Rahman berkata ketetapan itu dibuat selepas penilaian terkini badan induk itu di stadium berkenaan bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Datuk Hans Isaac dan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon, selain turut disertai Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, Khamis lepas.
"Pihak PSM menerusi pandangan dan nasihat pihak konsultan teknikal serta kontraktornya mengesahkan bahawa padang berkenaan kini dalam keadaan lebih baik berbanding ketika Pestabola Merdeka bulan lepas," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata keputusan untuk bermain di stadium itu turut mengambil kira faktor lain terutamanya memberi kemudahan kepada penyokong Harimau Malaya untuk menghadiri perlawanan.
"Dengan pengesahan terbaru ini, segala persiapan menjelang perlawanan akan terus dipergiatkan untuk memastikan kelancarannya," katanya.
Pan Gon dalam kenyataan semalam turut menyatakan hasrat supaya perlawanan itu berlangsung di Stadium Nasional sebagai kubu skuad kebangsaan.
Kualiti rumput baharu di stadium itu menerima kritikan pada Pestabola Merdeka bulan lepas, yang juga merupakan kejohanan pertama diadakan di situ selepas ditutup sejak Mac bagi kerja naik taraf.
Usai pertemuan dengan Kyrgyzstan, pasukan negara akan terbang ke Taipei City untuk perlawanan kedua Kumpulan D menentang Taiwan, 21 Nov ini.
Malaysia yang menghuni ranking ke-137 dunia, dijadualkan bertemu pasukan ke-72 dunia Oman di tempat lawan dan di laman sendiri, masing-masing pada 21 dan 26 Mac tahun depan sebelum berdepan Kyrgyzstan di Bishek pada 6 Jun dan Taiwan (11 Jun) di Malaysia.
Dua pasukan terbaik kumpulan akan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan layak ke Piala Asia, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan bermain dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia.
Piala Dunia 2026 akan dihoskan Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat secara bersama dengan format baharu 48 pasukan, berbanding 32 pasukan sebelum ini.
Juara tiga kali Arab Saudi akan menjadi tuan rumah Piala Asia buat kali pertama pada 2027.
Sementara itu, PSM yang menerima baik keputusan itu, komited dalam memastikan padang berada dalam keadaan terbaik buat skuad Harimau Malaya dan mahu terus bekerjasama dengan pihak kontraktor bagi mengambil langkah-langkah sewajarnya.
"Setelah mengambil kira pandangan kontraktor rumput dan FAM melalui lawatan tapak bersama, keadaan padang adalah lebih baik daripada dua perlawanan sebelum ini dan sesuai untuk digunakan (playable).
"Maklum balas ini telah dipersembahkan oleh Menteri Belia dan Sukan kepada Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim). PSM menjunjung kasih ke bawah Tunku atas perkenan yang telah diberikan untuk perlawanan pada 16 Nov diteruskan di Stadium Nasional," menurut PSM menerusi kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023
Kualiti rumput baharu di stadium itu menerima kritikan pada Pestabola Merdeka bulan lepas, yang juga merupakan kejohanan pertama diadakan di situ selepas ditutup sejak Mac bagi kerja naik taraf. - Gambar fail/Bernama
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
Kim Swee sentuh isu padang di sebalik kejayaan Malaysia pada Pestabola Merdeka
Ong Kim Swee membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Vicente fokus kepada skuad semasa, pemain warisan baharu perlu buktikan diri
Vicente kekal fokus kepada pasukan sedia ada dan yakin dengan kualiti skuad Harimau Malaya, selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Lubnan pada final Pestabola Merdeka 2024
'Saya datang demi negara’ - Walaupun hambar, penyokong hadir sokong Harimau Malaya
Aksi Harimau Malaya menentang Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam aksi pembukaan Pestabola Merdeka 2024 mungkin hilang sengat selepas mereka kehilangan puluhan ribu pemain ke-12'.
Piala FA: Tiada insiden kekecohan libatkan penyokong Selangor, JDT
Penyokong kedua-dua pasukan menunjukkan kerjasama kepada petugas keselamatan dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.
Final Piala FA: JDT, Selangor bakal sajikan pertembungan epik malam ini
Adakah Harimau Selatan mampu membuktikan dominasinya dalam bola sepak tanah air, atau adakah percubaannya untuk mencipta rekod baharu bakal digagalkan oleh skuad Gergasi Merah?
Piala FA: Tunku Ismail turun uji gelanggang final
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencemar duli apabila turun menguji padang Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
AR Rahman imbau nostalgia 1990-an dalam konsert di Kuala Lumpur
Komposer muzik India AR Rahman mengimbau nostalgia kepada kira-kira 35,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi lagu-lagu popular 1990-an.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.
Konsert 'AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024' di SNBJ 27 Julai ini
Selepas lebih setahun, AR Rahman, kembali ke Malaysia untuk mengubat rindu peminat pada 27 Julai ini.