KUALA LUMPUR: Komposer muzik India AR Rahman mengimbau nostalgia kepada kira-kira 35,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi persembahan bertenaga yang menampilkan lagu-lagu popular beliau pada 1990-an.
Konsert Rahman Live in KL 2024 yang bermula pada 8.25 malam itu menampilkan Rahman, seorang penyanyi, pencipta lagu dan penerbit muzik tersohor, mendendangkan lagu popular seperti Jai Ho dari filem Slumdog Millionaire.
Dianjurkan oleh Star Planet, konsert itu dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan serta Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj.
Semasa konsert itu, Rahman memuji Anwar kerana sikapnya yang mudah didekati dan menyifatkan beliau sebagai "seorang yang simple."
Konsert itu, yang menampilkan gabungan lagu-lagu Hindi dan Tamil, telah dibawakan bersama oleh Thamarai Jewels dan SRM International Real Estate LLC.
Penyanyi Tamil popular Mano telah membawakan lagu Mukkala Mukkabla dari filem Kadhalan serta beberapa lagu lain gubahan Rahman untuk filem Thiruda Thiruda dan Muthu.
Penyanyi Srinivas dan Swetha Mohan pula mendendangkan beberapa lagu popular dari filem Padayyappa.
Rahman turut mengetengahkan projek kumpulan meta beliau iaitu Secret Mountain yang menggabungkan muzik, animasi dan penceritaan interaktif secara maya.
Beliau memulakan kerjaya dalam industri perfileman India pada 1992 dan diraikan sebagai antara pemuzik paling berpengaruh di negara itu serta telah memenangi dua anugerah Akademi untuk karyanya pada tahun 2009 menerusi filem Slumdog Millionaire.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024
Penyanyi dan komposer dari India AR Rahman membuat persembahan sempena Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. - Foto Bernama
Sidang Parlimen bermula Isnin, titah diraja Sultan Ibrahim jadi tumpuan
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
AR Rahman imbau nostalgia 1990-an dalam konsert di Kuala Lumpur
Komposer muzik India AR Rahman mengimbau nostalgia kepada kira-kira 35,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi lagu-lagu popular 1990-an.
Konsert 'AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024' di SNBJ 27 Julai ini
Selepas lebih setahun, AR Rahman, kembali ke Malaysia untuk mengubat rindu peminat pada 27 Julai ini.
Retro Rahman kembali temui peminat menerusi siri ketiga di Zepp KL hari ini
Lima penyanyi tersohor India bakal mengegarkan pentas di Zepp Kuala Lumpur bermula pukul 8 malam ini.
AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.
Filem Tamil 3D pertama lakonan Rajinikanth bakal cipta 'tsunami'
Filem "2.0" mendapat sambutan melangkaui jangkaan apabila tiket untuk minggu pertama tayangannya di kebanyakan pawagam habis dijual.
Tertangguh 3 jam, persembahan AR Rahman pukau 20,000 penonton di Malaysia
Maestro dan pemuzik dari India, A.R Rahman berjaya menghiburkan penontonnya di Stadium Merdeka, di sini malam tadi walaupun ia bermula lewat 3 jam.
A.R. Rahman kembali menghibur peminat Malaysia
Pemenang Grammy sebanyak dua kali itu akan membuat persembahan di Stadium Merdeka pada 26 April.