Skuad The Cops menamatkan cabaran Liga Super 2015 di tempat keenam selepas kemenangan 3-2 menentang ATM dimana Afif cemerlang menyumbang satu gol buat pasukannya.
"Kami akan menggunakan tempoh cuti yang diberi untuk memperbaiki kelemahan berdasarkan pertemuan lawan ATM itu"
"Pasukan-pasukan Piala Malaysia pasti memberi cabaran yang lebih sengit jadi kami perlu mempersiapkan diri secepat mungkin untuk mengurangkan kesilapan nanti" kata Afif.
Bagaimanapun, Afif terpaksa melupakan aksi Piala Malaysa buat sementara setelah disenaraikan bagi kem latihan skuad kebangsaan kendalian Dollah Salleh yang bakal berdepan Bangladesh, 29 Ogos nanti.
Perlawanan persahabatan itu merupakan persiapan bagi kempen Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Asia 2019 di mana Harimau Malaya akan jumpa Emiriah Arab Bersatu serta Arab Saudi.
Namun pemain berusia 31 tahun itu yakin mendapat slot dalam ke-11 utama.
"Tentunya saya mahu tempat dalam kesebelasan utama tetapi kami semua akan hormat keputusan jurulatih kami.
"Pemain yang diturunkan nanti harus beri usaha yang terbaik untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Harimau Malaysia mampu perbaiki ranking dunia yang jatuh baru-baru ini" ujarnya.