Isu pengguguran sepak takraw sebagai sukan teras negara masih belum berakhir apabila Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail mendakwa wujud konspirasi dalam Majlis Sukan Negara (MSN) yang mahu menjatuhkannya daripada badan induk sepak takraw itu.
Ahmad berkata pihak MSN memberi input yang salah kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai sukan itu, dan sekali lagi mengulangi ia satu kesilapan menggugurkan sepak takraw daripada sukan teras.
"Memang salah dan silap (gugurkan sepak takraw)...saya tidak kisah untuk beritahu ada konspirasi mahu menjatuhkan saya kerana saya tahu ada pegawai MSN yang mahu berlawan (merebut jawatan) dengan saya. Saya ada bukti mesej mereka.
''Kamu (pegawai MSN) tidak perlu masuk campur dalam urusan kami. Saya lihat apabila atlet kami menang, mereka memuat naik dalam Facebook MSN, tetapi apabila kalah, salah PSM...(sedangkan) program dilaksana secara bersama. Mereka beri input yang salah kepada menteri," katanya kepada pemberita selepas pembentangan senarai atlet kepada Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.
Mengenai pembentangan hari ini, PSM menyenaraikan 31 pemain lelaki serta 18 wanita dan akan memaklumkan sasaran skuad negara di Sukan Asia 2018 Indonesia pada Jun ini.
Beliau berkata PSM akan menghantar pasukan sepak takraw lelaki negara menyertai Kem Komando di Jugra, Banting pada 15 Jan ini sehingga Mac.
''Kem ini sepatutnya dilakukan lebih awal tetapi disebabkan masih ada majikan tidak melepaskan pemain negara, program ini tertangguh. Saya merayu kepada majikan yang terlibat supaya melepaskan pemain berkenaan menyertai kem tersebut.
"Kem itu bertujuan menaikkan semula motivasi serta memupuk semangat patriotik dalam kalangan pemain yang rata-rata berusia 19 hingga 23 tahun," katanya.
Kali terakhir, skuad sepak takraw negara menyumbang pingat emas di Sukan Asia pada 1994.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2018
Ahmad Ismail sekali lagi mengulangi ia satu kesilapan menggugurkan sepak takraw daripada sukan teras. - Gambar fail BERNAMA
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Deklarasi Doha seru gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Deklarasi Doha dengan tumpuan pada "Diplomasi Sukan," menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Israel tidak mahu perdamaian, hanya tambah musuh
Alternatif seperti menjadikan mana-mana negara lain di Asia Barat sebagai sekutu kuat AS tidak berkesan kerana ia membawa kepada pengabaian terhadap Palestin.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.
Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Ahmad Ismail berusia 71 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang pada pukul 2 petang tadi.
NGO saran Hutan Simpan Tanjung Tuan dijadikan hutan pelancongan, pendidikan
Hutan seluas 607,000 meter persegi itu telah diiktiraf sebagai kawasan penting burung dan kepelbagaian biologi, selain sebagai tempat penting burung pemangsa oleh pertubuhan antarabangsa.
Cabaran getir menanti presiden baharu PSM
12 Februari ini seluruh ahli gabungan PSM kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sarawak akan memilih kepimpinan baharu.
Tok Mat tinggalkan kerusi nombor satu Pulau Pinang
Dia mengundur diri bagi mengelak sebarang konflik memandangkan sudah meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia, 4 Jun lalu.
Penyingkiran PSM kekal - ASTAF
Keputusan itu akan disampaikan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan bersesuaian mengikut perundangan Malaysia.
Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.
ASTAF tambah penggantungan Tok Mat
Kini beliau perlu jalani hukuman penggantungan selama 17 tahun bermula 6 Mei 2021.
PSS persatuan terbaru keluar PSM
PSS merupakan persatuan ketiga mengambil tindakan itu selepas Gabungan Sepak Takraw Kelantan dan Persatuan Sepak Takraw Johor.
Tok Mat digantung 15 tahun, diberikan tempoh 14 hari untuk merayu
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail digantung selama 15 tahun mulai esok oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) hari ini.
Tiada jawapan, ASTAF anggap Ahmad tidak minat bela diri
Abdul Halim berharap Ahmad dapat memberi kerjasama menghadiri prosiding tatatertib hari ini untuk menentukan status dan kedudukannya.