ALOR SETAR:Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu bahawa terdapat kemungkinan berlaku pecah amanah dalam pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang terdahulu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata salah laku itu didakwa berlaku susulan terdapat beberapa keraguan antaranya berkaitan pemotongan gaji pemain untuk bayaran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Pembayaran kepada LHDN tidak dibuat walaupun gaji pemain dipotong selama dua tahun berturut-turut, ini bukan sahaja menganiaya pemain malah menipu kerajaan.
"Selain itu terdapat juga pembelian meragukan seperti lambakan baju dan barang 'merchandise' (niaga) yang tidak dibawa masuk ke mesyuarat eksekutif KFA yang diadakan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohd Asmirul Anuar Aris (Bebas-Kubang Rotan) semasa sidang DUN di sini, hari ini.
Mohd Asmirul ingin tahu daripada manakah sumber kewangan diperoleh dan bagaimanakah KFA menjelaskan beban hutangnya termasuk tunggakan gaji pasukan hijau kuning itu.
Sebelum itu, Mohd Firdaus berkata tidak menjadi masalah kepada pengurusan baharu untuk menjelaskan hutang-hutang lama yang ditinggalkan oleh pihak pengurusan terdahulu, namun apa yang menjadi masalah adalah jika benar berlaku salah laku seperti pecah amanah dalam KFA.
Terdahulu semasa menjawab soalan Salim Mahmood (PAS-Bukit Lada), Setiausaha Kehormat KFA itu berkata sebahagian baki hutang KFA masih belum dapat diselesaikan kerana masih menunggu keputusan daripada tindakan sivil yang diambil terhadap KFA.
"Terdapat juga hutang-hutang yang meragukan yang mungkin boleh dirujuk kepada 'criminal breach of trust' (pecah amanah)," katanya semasa menjawab soalan Salim yang ingin tahu mengenai hutang-hutang KFA sebelum ditukar kepada kelab bola sepak (FC).
Sementara itu, Menteri Besar yang juga Presiden KFA Muhammad Sanusi Md Nor ketika ditemui selepas sidang DUN berkata perkara berkaitan salah laku itu sudah dilaporkan kepada jabatan berkaitan dan KFA sedang menunggu tindakan lanjut.
"Saya difahamkan ada dua penyata gaji dibuat, untuk badan berkanun lebih rendah, manakala untuk pemain diberikan penyata sebenar yang ada potongan dan caruman kepada badan berkanun berkenaan," katanya.
Selain itu, katanya terdapat juga keraguan pada jumlah kutipan tabung yang dibuat sebelum ini untuk membiayai kos guaman seorang pemain yang sudah berpindah ke pasukan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020
Salah laku itu didakwa berlaku susulan terdapat beberapa keraguan antaranya berkaitan pemotongan gaji pemain untuk bayaran LHDN.
Jumlah kanak-kanak Gaza maut akibat kesejukan meningkat
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa angka kematian akibat hipotermia di kalangan rakyat Palestin kini meningkat kepada tujuh orang disebabkan rakyat Palestin yang berlindung di khemah-khemah sementara, terutama di kawasan al-Mawasi menderita akibat cuaca sejuk melampau.
PGA rampas kosmetik Thailand bernilai lebih RM100,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam satu kenyataan pada Isnin berkata rampasan dilakukan di sebuah stor pangkalan haram Syed Mior, Pasir Mas oleh sepasukan anggota Batalion 7 PGA pada 10.30 pagi Ahad.
MFPC gesa pemegang polisi kekalkan perlindungan dalam keadaan pelarasan premium MHIT
Pemegang polisi perlu memanfaatkan sepenuhnya langkah itu dan mengutamakan pengekalan perlindungan insurans masing-masing.
Gelombang ketiga tidak teruk, penduduk tetap berjaga-jaga
Penduduk di Hulu Terengganu lega banjir gelombang ketiga yang bermula pada petang Ahad lalu tidak begitu teruk berbanding sebelumnya, tetapi mereka tetap berjaga-jaga kemungkinan buruk yang mungkin timbul pada gelombang seterusnya.
Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kian berkurangan.
Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan
Lebih 30 laporan polis diterima di Sabah terhadap aktivis tersebut melibatkan perbuatan menghasut.
Rusia, Ukraine tukar 300 tahanan perang
Rusia dan Ukraine pada Isnin lakukan pertukaran 300 tahanan perang.
Mahkamah tolak rayuan Trump, kekal keputusan kes serangan seksual
Mahkamah Rayuan Persekutuan AS mengekalkan keputusan juri yang mendapati Trump telah melakukan serangan seksual terhadap E. Jean Carroll.
Gema Syukur 2025 bawakan pengisian menarik sempena tahun baharu - Mohd Na'im
Program itu merupakan alternatif bagi masyarakat untuk mengimarahkan masjid melalui pelbagai pengisian program yang bermanfaat.
Beri perhatian penuh kepada rakyat, pesan Tun Juhar
Juhar berkata, tanpa sokongan dan kepercayaan rakyat, tiada kejayaan yang dapat diraih oleh Sabah sepanjang 14 tahun tempoh pentadbirannya.
Sanusi cadang SPRM ambil alih KDA FC
Katanya, susulan siasatan SPRM ke atas KFA, penaja yang berminat menaja kelab itu menarik diri.
MB Kedah akan dipanggil bantu siasatan kes rasuah KFA
SPRM akan memanggil Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
Kedah optimis tiada lagi isu tunggakan gaji pemain - Sanusi
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) optimis pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC, tidak akan dibelenggu dengan isu tunggakan gaji pemain pada musim depan seperti yang dihadapi musim ini.
Isu tunggakan cukai KFA: Kedah akan adakan pertemuan dengan LHDN
Pada 23 September lepas, Persidangan DUN Kedah diberitahu bahawa jumlah tunggakan cukai LHDN bagi KFA kini meningkat kepada RM10 juta.
KDA FC: Penyokong Kedah diharap setuju keputusan Presiden KFA
Semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA percaya keputusan presidennya Muhammad Sanusi Md Nor dibuat selepas mempertimbangkan semua aspek teknikal dan perundangan.
Ada kemungkinan berlaku pecah amanah dalam KFA - Exco
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu bahawa terdapat kemungkinan berlaku pecah amanah dalam pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang terdahulu.
Kedah harap Piala Malaysia diteruskan, adakan di Perlis, Pahang atau Kelantan
KFA menzahirkan harapan agar pihak kerajaan dan MKN dapat memberi kebenaran agar Piala Malaysia dapat diteruskan dalam masa terdekat.
KFA langsai tunggakan gaji pemain, pegawai skuad hijau kuning - Presiden
Presiden KFA Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa bayaran gaji tersebut membabitkan tunggakan bagi April, Mei dan Jun tahun ini.
Sanusi beri bayangan letak jawatan Presiden KFA
Jelasnya menerusi satu kenyataan di akaun Facebook miliknya, beliau bercadang menyerahkan tugas dan urusan bola sepak kepada pihak yang lebih layak.
KFA langsai baki tunggakan gaji pemain selama tiga bulan
Dengan pembayaran itu, semua tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan Kedah akan selesai sepenuhnya.