ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) optimis pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC, tidak akan dibelenggu dengan isu tunggakan gaji pemain pada musim depan seperti yang dihadapi musim ini.
Presidennya Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata penghijrahan keluar beberapa pemain yang memperoleh gaji tinggi sebelum ini, akan membantu KDA FC mengurangkan bajet pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
"Kos yang mahal adalah (pembayaran) gaji (pemain), yang kita tak mampu dan berhutang (sebelum ini) adalah disebabkan gaji, kalau gaji mampu bayar semua tidak ada masalah.
"Ada pasukan belanja tak sampai RM12 juta atau RM13 juta, tapi kedudukannya dalam Liga Super baik. Untuk gaji pemain saya harap kita dalam lingkungan yang mampu kita cari (dana), bila ia berada dalam lingkungan yang sukar dicari itu jadi masalah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Kongres KFA ke-46 di sini hari ini.
Menurutnya, KDA FC meletakkan bajet pasukan maksimum RM22 juta bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2022, berbanding sekitar RM30 juta pada musim ini.
Muhammad Sanusi menjelaskan KDA FC sebenarnya tidak menghadapi masalah mendapatkan dana bagi membayar gaji pemain pada musim ini, namun masalah timbul apabila pasukan dibebani dengan hutang lama sekali gus memberi kesan kepada gaji pemain.
Dalam pada itu, beliau berkata KFA akan mewujudkan liga tempatan yang dinamakan sebagai K-League 2022, dan bercadang menganjurkan enam kejohanan bagi memeriahkan kembali acara bola sepak di negeri ini pada tahun depan.
Katanya, enam kejohanan itu ialah Piala Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Piala Menteri Besar Kedah, Piala KFA, Kedah Grassroot League B-12, Liga Futsal Kedah dan Langkawi International Beach Soccer.
"Enam kejohanan ini akan menyemarakkan bola sepak Kedah selepas suram dua tahun akibat pandemik COVID-19. Saya berjumpa dengan beberapa pihak yang berminat menaja kejohanan tersebut, dan Alhamdulillah beberapa syarikat bersetuju untuk menjadi penaja yang akan dimuktamadkan beberapa hari lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata penghijrahan keluar beberapa pemain yang memperoleh gaji tinggi sebelum ini, akan membantu KDA FC mengurangkan bajet pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan. - Gambar fail/BERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Sanusi cadang SPRM ambil alih KDA FC
Katanya, susulan siasatan SPRM ke atas KFA, penaja yang berminat menaja kelab itu menarik diri.

MB Kedah akan dipanggil bantu siasatan kes rasuah KFA
SPRM akan memanggil Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Kedah optimis tiada lagi isu tunggakan gaji pemain - Sanusi
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) optimis pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC, tidak akan dibelenggu dengan isu tunggakan gaji pemain pada musim depan seperti yang dihadapi musim ini.

Isu tunggakan cukai KFA: Kedah akan adakan pertemuan dengan LHDN
Pada 23 September lepas, Persidangan DUN Kedah diberitahu bahawa jumlah tunggakan cukai LHDN bagi KFA kini meningkat kepada RM10 juta.

KDA FC: Penyokong Kedah diharap setuju keputusan Presiden KFA
Semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA percaya keputusan presidennya Muhammad Sanusi Md Nor dibuat selepas mempertimbangkan semua aspek teknikal dan perundangan.

Ada kemungkinan berlaku pecah amanah dalam KFA - Exco
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu bahawa terdapat kemungkinan berlaku pecah amanah dalam pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang terdahulu.

Kedah harap Piala Malaysia diteruskan, adakan di Perlis, Pahang atau Kelantan
KFA menzahirkan harapan agar pihak kerajaan dan MKN dapat memberi kebenaran agar Piala Malaysia dapat diteruskan dalam masa terdekat.

KFA langsai tunggakan gaji pemain, pegawai skuad hijau kuning - Presiden
Presiden KFA Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa bayaran gaji tersebut membabitkan tunggakan bagi April, Mei dan Jun tahun ini.

Sanusi beri bayangan letak jawatan Presiden KFA
Jelasnya menerusi satu kenyataan di akaun Facebook miliknya, beliau bercadang menyerahkan tugas dan urusan bola sepak kepada pihak yang lebih layak.

KFA langsai baki tunggakan gaji pemain selama tiga bulan
Dengan pembayaran itu, semua tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan Kedah akan selesai sepenuhnya.