ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak akan alpa dan terbawa-bawa selepas kemenangan 2-1 ke atas Ulsan Hyundai FC pada Isnin sebaliknya akan terus bekerja keras bagi berhadapan pasukan dari Jepun Kawasaki Frontale di Liga Juara-Juara Asia AFC (ACL) 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.
Ketua Jurulatihnya Benjamin Mora berkata, walaupun kedua kelab gergasi Asia itu mempunyai ketersamaan dari segi taktikal dan gaya pemainan, itu tidak bermakna yang JDT telah dapat membaca dan mengetahui cara permainan kelab dari Jepun itu.
"Ini satu lagi perlawanan sukar untuk JDT kerana Kawasaki Frontale merupakan sebuah pasukan gergasi Asia, dengan barisan pemain yang hebat seperti Leandro Damiao, Marcio Barbosa dan Joao Schmidt.
"Oleh sebab itu JDT perlu berikan prestasi mereka yang terbaik, dari minit pertama permainan seperti apa yang mereka lakukan dalam perlawanan sebelum ini," katanya pada sidang media praperlawanan di stadium itu hari ini.
Ditanya mengenai sama ada akan mengekalkan barisan sama dengan perlawanan sebelum ini, Mora berkata beliau akan membuat keputusan itu selepas mendapatkan maklum balas daripada setiap pemain berkaitan dengan kecergasan mereka.
Mora berkata yang pasukannya terpaksa melupakan untuk menggunakan khidmat Haziq Nadzli, kerana pemain itu masih lagi cedera akibat pelanggaran dengan pemain Ulsan Hyundai, Isnin lepas dan masih belum membuat keputusan sama ada akan menurunkan Izham Tarmizi atau Farizal Marlias.
Sementara itu Ketua Jurulatih Kawasaki Frontale Toru Oniki berkata pasukannya tidak akan memandang remeh JDT pada perlawanan esok.
Pada masa yang sama Oniki berkata beliau tidak mahu pemainnya gagal untuk mengutip sebarang mata pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan.
"Setakat ini, kita masih tidak gagal untuk mengutip mata pada setiap perlawanan... kami sedar JDT satu pasukan yang bagus dan mempamerkan permainan menyerang dan banyak bergerak sama ada daripada bahagian sayap ataupun bahagian tengah," katanya.
Beliau berharap pemainnya akan dapat menunjukkan permainan yang konsisten dan cuba mengawal permainan, walaupun berhadapan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022
Mora menyifatkan pertemuan dengan Kawasaki Frontale adalah satu lagi perlawanan sukar untuk JDT kerana pasukan gergasi Asia itu dibarisi pemain yang hebat seperti Leandro Damiao, Marcio Barbosa dan Joao Schmidt. - Bernama
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu mencatat gol pembukaan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti Arif Aiman Mohd Hanapi.
FAM jawab kenyataan Fandi Ahmad, pengadil buat keputusan tepat
FAM mempertahankan keputusan pengadil sewaktu Sri Pahang bertemu JDT dalam perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa lalu.
'Sesuatu yang besar akan berlaku' - TMJ
Pemilik JDT itu menggambarkan bakal ada perkara yang sudah semestinya membawa kelebihan dan keuntungan buat kedua-dua belah pihak.
Tewas kepada JDT, Fandi kesal mutu pengadilan
Pengendali Sri Pahang FC Fandi Ahmad kesal dengan mutu pengadilan yang disifatkannya sebagai berat sebelah ketika pasukannya berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Liga Super: JDT kerja keras tewaskan Sri Pahang 3-1 di laman sendiri
JDT menamatkan perlawanan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Bergson pada minit kecederaan, untuk menjadikan keputusan 3-1.
Jurulatih baharu Harimau Malaya diumum hari ini - TMJ
TMJ berkata, jurulatih baharu bagi skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda (skuad bawah 23 tahun) kebangsaan akan diumumkan pada Isnin.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Projek FAM: Benjamin Mora sah tiada dalam perancangan skuad kebangsaan
Bekas pengendali JDT, Benjamin Mora, sah tidak akan bersama pasukan kebangsaan seperti khabar angin yang mengaitkan dirinya, sebelum ini.