PELUMBA berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, berkata dia hanya mahu menamatkan perlumbaan separuh akhir acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 biarpun berada dalam kesakitan selepas terlibat dalam kemalangan.
Pelumba negara itu dilanggar basikal lawan sehingga terjatuh di Velodrom Nasional, Nilai semalam tetapi dia mempamerkan semangat terpuji untuk bangkit meneruskan perlumbaan hingga ke garisan penamat biarpun keadaan basikalnya rosak teruk.
Usahanya itu terbalas apabila disahkan layak ke pusingan akhir selepas semakan 'photo finish' dan kehadirannya dalam perlumbaan final jelas membantu Datuk Azizulhasni Awang memenangi pingat emas dengan memecahkan formasi tiga pelumba Jepun, di mana dia turut memenangi pingat gangsa acara itu.
BACA: Shah Firdaus layak digelar 'Terminator' - Mohd Azizulhasni
Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Shah Firdaus berkata: "Selepas pelumba Jepun memulakan gerakan, kayuhan saya memang amat lancar tetapi kemudian secara tiba-tiba, saya tidak tahu apa yang berlaku, ia berlaku dengan amat pantas.
"Rupa-rupanya tayar pelumba China berlanggar dengan pelumba Jepun dan kami kesemua lima pelumba lain memang terbang.
"Dalam fikiran saya, saya hanya mahu menamatkan perlumbaan sahaja kerana kami mahukan mata kelayakan ke Sukan Olimpik.
"Jadi saya hanya mengambil semula basikal saya dan teruskan kayuhan tetapi saya tidak dapat tekan kaki saya kerana basikal saya sudah rosak sepenuhnya. Mujur ia masih boleh bergerak.
"Alhamdulillah, saya masih layak ke final dan dalam final, saya hanya mahu melakukan yang terbaik kerana tidak mahu menyesal.
"Tetapi dengan kondisi tubuh saya yang memang amat sakit -- saya tertusuk 'saddle' basikal saya -- dan saya juga tidak biasa dengan basikal kedua itu kerana posisinya agak berbeza dengan basikal yang saya gunakan sebelum kemalangan itu.
"Saya hanya melakukan yang terbaik dan dapat nombor tiga, Alhamdulillah," katanya.
Astro Arena
Mon Jun 19 2023

Shah Firdaus ketika ditemu bual wartawan Astro Arena selepas terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan separuh akhir acara keirin ACC 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, 18 Jun 2023. - Foto Astro ARENA

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu
Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan kekal beraksi dalam acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Berbasikal Trek Dunia: Shah Firdaus tamatkan acara keirin di tempat kesembilan
Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, menamatkan saingan keirin Kejohanan Dunia Trek UCI di tempat kesembilan.

Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin
Shah Firdaus Sahrom, berjaya mara ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.

Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus ke repechage acara keirin
Shah Firdaus Sahrom, menamatkan pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di tempat ketiga dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.

Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus enggan dibebani 'trauma' Tokyo 2020
Pelumba dengan gelaran The Terminator itu mahu memastikan penampilan keduanya di pentas berkenaan lebih sempurna.

Muhammad Shah Firdaus, Nurul Syasya Nadiah dipilih Olahragawan, Olahragawati Johor
Shah Firdaus menempa nama bagi sukan berbasikal dengan mendapat ranking ke-12 bagi acara keirin dan sprint pada Sukan Olimpik Tokyo 2021.

Lupakan Sukan Asia, tumpuan Shah Firdaus Sahrom beralih kepada Paris 2024
Kini, dia hanya ingin memfokuskan persiapan menjelang saingan Sukan Olimpik Paris yang diklasifikasikan lebih mencabar.

ACC: Saya hanya mahu tamatkan perlumbaan walaupun sakit - Shah Firdaus
Dilanggar basikal lawan hingga terjatuh, Shah Firdaus pamer semangat terpuji bangkit meneruskan perlumbaan hingga ke garisan penamat.

Muhammad Shah tumpu pulih kecederaan sebelum kelayakan Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara itu kini memberi tumpuan penuh kepada proses pemulihan kecederaan kaki kirinya sebelum beraksi.

Sukan Komanwel Birmingham: Shah Firdaus mohon jalani program khas pada saat-saat akhir
Mereka akan mula menyesuaikan diri di trek London itu sebelum acara berbasikal trek bermula, Jumaat depan.