Pelumba berusia 28 tahun itu menamatkan perlumbaan belakang jaguh Trinidad dan Tobago, Nicholas Paul, dan pelumba Poland, Mateusz Rudyk.
Hanya yang mengungguli kedudukan dua teratas layak ke peringkat suku akhir.
Bagaimanapun Shah Firdaus akan menempuh pusingan repechage dan masih berpeluang merebut tempat ke peringkat seterusnya.
Beliau sebelum itu didapati melanggar garisan biru sewaktu menuju kegarisan penamat, namun telah diberi amaran.
BACA: Olimpik Paris 2024: Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama