KUALA LUMPUR: Reputasi penyerang muda sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi ternyata sukar digugat apabila mencipta hatrik gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23), malam tadi.
Bintang muda berusia 21 tahun itu mempertahankan gelaran itu buat kali ketiga berturut-turut selepas menampilkan prestasi cemerlang sepanjang musim bersama JDT.
Lebih manis, pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu turut menyapu bersih empat lagi gelaran iaitu Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik dan anugerah Gol Terbaik yang dicipta pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menentang Perak FC.
Beliau turut berkongsi kemenangan Anugerah Kasut Emas - Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super bersama penyerang Selangor, Mohd Faisal Abdul Halim dengan keseluruhan 12 jaringan sepanjang musim.
Sementara itu, seperti yang dijangka juara 10 kali berturut-turut Liga Super, JDT memenangi anugerah Pasukan Terbaik selain pemainnya turut menggondol tiga lagi anugerah malam tadi.
Antara anugerah lain yang diraih pemain Harimau Selatan itu adalah Ahmad Syihan Hazmi merangkul anugerah Penjaga Gol Terbaik manakala Muhammad Afiq Fazail menyambar gelaran Pemain Tengah Terbaik selain Bergson Da Silva memenangi anugerah Pemain Import Terbaik.
Terengganu FC berjaya memenangi anugerah Fair Play sementara pemain tengahnya, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menjadi Pemain Terbaik selain pertahanannya, Muhammad Azam Azmi Murad meraih anugerah Pertahanan Terbaik.
Bagi anugerah Jurulatih Terbaik telah menjadi milik bekas jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe selain penyerangnya, Ayron Del Valle memegang gelaran Penjaring Terbaik Liga Super.
Selain itu, penyerang Kedah Darul Aman FC, Ebenezer Kofi Assifuah-Inkoom meraih gelaran Penjaring Terbanyak Piala MFL dengan meledak keseluruhan 16 jaringan pada musim lepas.
Senarai Pemenang ABK23:
Pemain Paling Bernilai (MVP) - Arif Aiman Hanapi (JDT)
Jurulatih Terbaik - Tan Cheng Hoe (Selangor)
Penjaga Gol Terbaik - Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (JDT)
Pertahanan Terbaik - Azam Azmi Murad (Terengganu FC)
Pemain Tengah Terbaik - Afiq Fazail (JDT)
Penyerang Terbaik - Arif Aiman Hanapi (JDT)
Pemain Import Terbaik - Bergson Da Silva (JDT)
Pemain Muda Terbaik - Arif Aiman Hanapi (JDT)
Gol Terbaik Liga Malaysia 2023 - Arif Aiman Hanapi (JDT)
Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super - Arif Aiman Hanapi (JDT)/Faisal Abdul Halim (Selangor)
Penjaring Terbanyak Liga Super - Ayron Del Valle (Selangor)
Pasukan Terbaik - JDT
Anugerah Fair Play - Terengganu FC
Anugerah Pemain Terbaik Piala MFL - Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC)
Penjaring Terbanyak Piala MFL - Ebenezer Assifuah (KDA B)
Anugerah Fan XI pilihan peminat bola sepak tanah air:
Jurulatih: Tan Cheng Hoe
Penjaga gol: Ahmad Syihan (JDT)
Pertahanan: Muhammad Azam Azmi, Jordi Amat (JDT), Shahrul Nizam (Terengganu), La'Vere Corbin-Ong (JDT).
Pemain tengah: Manuel Hidalgo (Kedah), Muhammad Afiq, Park Tae-su (Sabah)
Penyerang: Arif Aiman (JDT), Bergson, Ayron (JDT).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Arif Aiman mencipta hatrik gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23), malam tadi. - Foto BERNAMA
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
ABK23: Arif Aiman cipta hatrik gelaran MVP
Arif Aiman mempertahankan gelaran itu buat kali ketiga berturut-turut selepas menampilkan prestasi cemerlang sepanjang musim bersama JDT.