Beliau berkata Aaron hanya mengalami kecederaan ringan serta tidak memerlukan masa rehat yang panjang dan pasangan itu kini sedang membuat persediaan ke kejohanan itu.
"Aaron belum 100 peratus sembuh, tapi dipantau rapi dan keadaan dia sudah okay berbanding ketika di Masters Orleans dan Seluruh England, tak perlu pembedahan, hanya rawatan biasa.
"BAC boleh main, sepatutnya boleh perbaiki kelemahan yang ada," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.
Aaron mengalami kecederaan bahu, menyebabkan gandingan itu tersingkir seawal pusingan pertama di Seluruh England selepas tewas 16-21, 21-16, 18-21 kepada beregu Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.
Baru-baru ini, media melaporkan pasangan nombor enam dunia itu mungkin tidak beraksi pada BAC.
-- BERNAMA
