KUALA LUMPUR: Misi beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mempertahankan kejuaraan mereka musnah selepas terkandas di pusingan separuh akhir pada Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark, awal pagi ini waktu Malaysia.
Pada aksi di Royal Arena, Aaron-Wooi Yik yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan kempunan ke final selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 21-23, 13-21 dalam tempoh 42 minit sekali gus terpaksa berpuas hati membawa pulang pingat gangsa.
Selepas ketinggalan empat mata di pertengahan set pertama, gandingan lawan bangkit menyaingi Aaron-Wooi Yik apabila mengikat kedudukan sebanyak tiga kali sebelum akhirnya menoktahkan kemenangan dramatik dengan perbezaan dua mata.
Pasangan Korea Selatan itu terus tampil garang di set kedua apabila mendominasi gelanggang untuk mendahului 11-7 sebelum terus mengutip mata di atas kesilapan Aaron-Wooi Yik yang semakin tertekan sebelum mengesahkan kemaraan ke final dengan kelebihan lapan mata.
Aaron-Wooi Yik yang merupakan gandingan nombor empat dunia satu-satunya wakil negara yang berjaya mara sehingga ke pentas separuh akhir Kejohanan Dunia 2023 selepas mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama meraih gelaran juara dunia pada tahun lepas.
Di pentas final, Kang-Seo akan bertemu pasangan tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen yang menewaskan pilihan ketiga Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 17-21, 21-18, 21-19 dalam satu lagi pertemuan separuh akhir.
Sementara itu, final beregu wanita mempertemukan Chen Qingchen-Jia Yi Fan dari China yang juga pilihan pertama dengan Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia sementara saingan beregu campuran, pilihan pertama dari China Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong akan berdepan Seo Seung Jae-Chae Yu Jung dari Korea Selatan.
Bagi final saingan perseorangan wanita, pilihan pertama dari Korea Selatan An Se Young akan membuat perhitugan berdepan Carolina Marin dari Sepanyol manakala acara perseorangan lelaki, Kunvalut Vitidsarn dari Thailand akan menentang pemenang antara Kodai Naraoka dari Jepun dan jaguh Denmark Anders Antonsen yang merupakan pilihan kedua. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2023
Misi beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mempertahankan kejuaraan mereka musnah selepas terkandas di pusingan separuh akhir pada Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark, awal pagi ini waktu Malaysia. - Gambar fail BERNAMA
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar
Pemain beregu lelaki nombor satu negara Soh Wooi Yik berazam mengembalikan prestasi sebenar bersama pasangannya Aaron Chia sekembalinya pulih dari kecederaan.
Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron
Keputusan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk terus di bawah BAM adalah untuk membalas jasa persatuan itu dengan pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Aaron-Wooi Yik terima ganjaran RM125,000 daripada BAM
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menerima RM125,000 seorang daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Aaron-Wooi Yik tidak rehat lama lepas menang gangsa Olimpik Paris
Usai kempen Olimpik Paris, beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hanya akan berehat seketika.
Olimpik Paris 2024: Aaron Chia, Wooi Yik lolos ke separuh akhir, tewaskan jaguh India
Meskipun ketinggalan, namun pasangan negara berjaya bangkit dan menang di set terakhir 21-16, sekali gus mara ke separuh akhir.
Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik
Wooi Yik membuat keputusan untuk terus berada di asrama ABM sehingga berlepas ke Aire Sur La Lys untuk kem latihan 10 hari bermula 10 Julai.
Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy
Aksi kurang tenang diperagakan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan antara punca mereka terlepas peluang mendakap gelaran pertama Seluruh England.
SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melakar kebangkitan luar biasa untuk memastikan mata kedua sekali gus hanya selangkah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.
Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempunyai 'senjata rahsia' apabila enggan mendedahkan rejim latihan baharu, dalam menghadapi Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia di separuh akhir
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Terbuka India di New Dehli, hari ini.