PETALING JAYA: Beregu badminton lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan memberikan tumpuan untuk memperbaiki kelemahan yang menghalang mereka daripada beraksi secara konsisten menjelang tugasan penting dan mencabar tahun depan.
Aaron berkata antara kelemahan yang perlu ditangani terutama sebelum Sukan Olimpik Paris 2024 adalah aspek mental di gelanggang selain perlu berusaha meningkatkan tahap kecergasan fizikal bagi menempuh fasa persediaan mencabar yang melibatkan sesi latihan dan siri kejohanan antarabangsa.
"Tahun depan akan jadi tahun yang mencabar untuk kami dengan banyak sasaran...jadi perlu bersedia dengan cukup baik," kata pemain berusia 26 tahun itu ketika ditemui pada majlis 2023 Haier Media Engagement di sini, hari ini.
Wooi Yik pula berpendapat gandingan mereka berdua menunjukkan peningkatan prestasi tahun ini, namun masih terdapat banyak ruang untuk diperbaiki bagi menyaingi kehebatan barisan pencabar dalam memburu kilauan pingat emas di Paris.
"Kita nampak apa kelemahan kita dan apa yang membezakan kita berbanding lawan, jadi perkara itu yang harus kita perbaiki dan bersedia untuk tahun depan yang sangat penting," kata pemain berusia 25 tahun berasal dari Kuala Lumpur itu.
Aaron-Wooi Yik yang merupakan gandingan keempat dunia akan membuka musim baharu dengan menyertai kejohanan Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 9 sehingga 14 Jan depan.
Tanpa mendedahkan sasaran di Terbuka Malaysia, Aaron berkata mereka yang dijadual bertemu pasangan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard di pusingan pertama akan memberikan aksi terbaik memandangkan ia adalah kejohanan pertama di laman sendiri selepas enam bulan.
Pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik di Terbuka Malaysia adalah mara ke peringkat separuh akhir pada edisi 2022 sebelum terkandas di pusingan kedua tahun ini.
Terdahulu, pada majlis hari ini Aaron-Wooi Yik menandatangani kontrak lanjutan sebagai duta sebuah syarikat pembekal peralatan elektrik global.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023
![Aaron-Wooi Yik fokus aksi konsisten hadapi Paris 2024 Aaron-Wooi Yik fokus aksi konsisten hadapi Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696521316_Badmintonlelaki.jpg)
Aaron berkata, antara kelemahan yang perlu ditangani terutama sebelum Sukan Olimpik Paris 2024 adalah aspek mental di gelanggang. - Gambar fail
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718916316_AaronChiaSohWooi.jpg)
Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik
Wooi Yik membuat keputusan untuk terus berada di asrama ABM sehingga berlepas ke Aire Sur La Lys untuk kem latihan 10 hari bermula 10 Julai.
![Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710733770_tbBAM.jpg)
Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy
Aksi kurang tenang diperagakan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan antara punca mereka terlepas peluang mendakap gelaran pertama Seluruh England.
![SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708167834_Badminton.jpg)
SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melakar kebangkitan luar biasa untuk memastikan mata kedua sekali gus hanya selangkah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.
![Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024 Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81693116392_TBBEREGU.jpg)
Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempunyai 'senjata rahsia' apabila enggan mendedahkan rejim latihan baharu, dalam menghadapi Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024.
![Terbuka India: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia di separuh akhir Terbuka India: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia di separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705680614_AaronChiaSohWooi.jpg)
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia di separuh akhir
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Terbuka India di New Dehli, hari ini.
![Terbuka India: Aaron-Wooi Yik, Zii Jia tempah slot ke suku akhir Terbuka India: Aaron-Wooi Yik, Zii Jia tempah slot ke suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705592489_badmintonTerbukaI.jpg)
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik, Zii Jia tempah slot ke suku akhir
Tiga wakil Malaysia, beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, berjaya menempah slot ke suku akhir di kejohanan badminton Terbuka India 2024.
![Badminton Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik dapat rating 7/10 Badminton Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik dapat rating 7/10](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705120247_KejohananBadminton.jpg)
Badminton Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik dapat rating 7/10
Jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen, memberi skala markah 7/10 kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berhubung persembahan pada Terbuka Malaysia.
![Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705096344_AaronChiaSohW.jpg)
Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah
Kemarau kejuaraan dalam kejohanan terbuka di laman sendiri masih lagi tiada noktahnya.
![Badminton: Aaron-Wooi Yik buru final Terbuka Malaysia Badminton: Aaron-Wooi Yik buru final Terbuka Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704445562_TBPETRONASMALAYSI.jpg)
Badminton: Aaron-Wooi Yik buru final Terbuka Malaysia
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tekad untuk mara ke final kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2024 bermula 9-14 Jan ini.
![Aaron-Wooi Yik fokus aksi konsisten hadapi Paris 2024 Aaron-Wooi Yik fokus aksi konsisten hadapi Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696521316_Badmintonlelaki.jpg)
Aaron-Wooi Yik fokus aksi konsisten hadapi Paris 2024
Antara kelemahan yang perlu ditangani terutama sebelum Sukan Olimpik Paris 2024 adalah aspek mental di gelanggang.