KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi masa enam bulan kepada barisan kejurulatihan badminton negara untuk mencari pemain badminton perseorangan lelaki kedua dan ketiga di bawah persatuan itu.
Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM menyerahkan perkara itu kepada Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM Wong Choong Hann dan jurulatih perseorangan lelaki negara Hendrawan untuk mengenal pasti pemain berkenaan.
"Seperti yang kita tahu, kami (BAM) ada Ng Tze Yong, jadi soalan saya kepada Choong Hann dan Hendrawan yang nombor dua dan nombor tiga? Mereka (jurulatih) perlu mengesan mereka dengan pantas. Kami beri mereka enam bulan, termasuk perseorangan wanita.
"Tapi akhirnya, terpulang kepada jurulatih dan jabatan teknikal untuk melakukan apa sahaja yang perlu," katanya pada sidang media BAM di Akademi Badminton Malaysia di sini semalam.
Mohamad Norza berkata BAM juga telah meluluskan permohonan Pengarah Prestasi Tinggi BAM Dr Tim Jones untuk membawa masuk lebih banyak penggunaan metodologi sains dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain elit pada masa depan.
Sementara itu, Choong Hann berkata pihaknya akan berusaha melahirkan individu yang mampu berada di kelompok pemain elit.
"Kita tengah menilai pemain dalaman, jadi siapa yang lebih menonjol kami akan meneliti mereka dengan lebih terperinci lagi, bukan sasar satu atau dua orang, tetapi lebih kepada keseluruhan termasuk Aidil Sholeh Ali Sadikin, Leong Jun Hao dan Lim Chong Kin.
"Harap antara mereka dapat tambah baik dan jadi lebih berwibawa dan mampu membawa diri dalam kem-kem pertandingan yang kita atur untuk mereka," katanya.
Terdahulu, BAM memberikan insentif keseluruhan berjumlah RM245,000 kepada skuad badminton negara yang meraih pingat di Sukan SEA Vietnam dan Sukan Komanwel Birmingham 2022 bagi menghargai para atlet berkenaan.
Skuad badminton negara yang meraih emas dalam acara berpasukan campuran di Birmingham menerima jumlah insentif terbesar iaitu RM140,000 selain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah meraih RM50,000 dan Tze Yong yang meraih perak menerima RM10,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 13 2022
BAM juga meluluskan permohonan membawa masuk lebih banyak penggunaan metodologi sains dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain elit pada masa depan.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Rosman kembali sertai BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita
Persatuan Badminton Malaysia mengesahkan pelantikan Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu wanita negara.
BAM belum putuskan ketua jurulatih baharu
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum memutuskan ketua jurulatih baharunya.
Malaysia Super 100: Masuk percuma, masa untuk sokong pemain pelapis - BAM
Persatuan Badminton Malaysia berharap kemasukan percuma ke Malaysia Super 100 2024 minggu depan akan merangsang kehadiran di Stadium Juara, Bukit Kiara.
BAM umum 13 pemain tinggalkan skuad kebangsaan, Pearly-Thinaah kekal beregu wanita
BAM merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada pemain terbabit dan mengiktiraf dedikasi serta sumbangan mereka kepada negara.
Tiada betul atau salah Sze Fei-Izzudin keluar BAM - Bekas atlet badminton negara
Menurut Chong Ming, tiada yang salah mahupun tiada yang betul mengenai keputusan mereka untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
BAM setuju lepaskan Sze Fei-Nur Izzudin 1 Sept
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersetuju untuk melepaskan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 1 Sept ini.
Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron
Keputusan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk terus di bawah BAM adalah untuk membalas jasa persatuan itu dengan pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Norza letak jawatan Presiden BAM
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, mengambil keputusan untuk meletak jawatan daripada badan induk itu.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal dalam perancangan BAM hingga 2028
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
BAM kunci mulut keputusan Sze Fei-Izzuddin untuk bergerak secara profesional
BAM mengambil pendekatan kunci mulut berkenaan hasrat beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani untuk meninggalkan badan induk itu.