Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini, yang kebiasaannya sunyi, berubah wajah hari ini apabila dibanjiri kira-kira 5,000 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 melalui skrin besar.
Tinjauan Bernama mendapati tiga skrin gergasi disediakan bagi membolehkan penyokong skuad Harimau Selatan menonton perlawanan berkenaan secara langsung bermula 9 malam ini.
Walaupun hujan lebat dan angin kencang, ia tidak menghalang penyokong JDT membanjiri kawasan tersebut sejak 6.30 petang tadi, bagi menyatakan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.
Bagi Baktiar Abdul Kadir, 45, beliau berharap pasukan JDT dapat membawa pulang piala keagungan bola sepak tempatan itu ke selatan tanah air, pada kali ini.
"Saya menjangkakan JDT akan menang 2-0, dan kalau kita tengok penyokong pasukan lain pun datang beri sokongan kepada JDT, jadi saya yakin JDT boleh muncul juara.
"Ini memang sudah menjadi rutin keluarga saya setiap kali JDT mara ke perlawanan akhir, kami akan datang menyaksikan perlawanan yang disiarkan secara langsung di dataran ini," katanya.
Bagi pasangan suami isteri, Tumimgan Hashin, 50, dan Warsitah Kazto, 53, mereka berharap JDT mencatat kemenangan pada perlawanan malam ini.
"Kalau boleh, kita hendak JDT menang 3-1 sebab kita tengok pemain JDT bukan sembarangan, pemain seperti Safiq Rahim dan S. Kunalan, mereka ini memang tonggak kepada kemenangan JDT sebelum ini.
"Tetapi dalam bola sepak, macam-macam perkara yang tidak diduga boleh berlaku. Peluang kedua-dua pasukan 50-50," katanya.
Muhammad Zulfadhli Mohamad Nor, 24, pula berkata kemenangan malam ini bukan sahaja akan menamatkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia bagi JDT, malah akan menjadikan pasukan berkenaan antara kelab yang digeruni dalam arena bola sepak tempatan.
"Saya berharap tuah akan memihak kepada JDT untuk membawa pulang Piala Malaysia selepas kali terakhir kita menjulang piala tersebut adalah pada 1991. Ini peluang terbaik bagi JDT untuk melengkapkan trofi kejuaraan dalam Liga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2017

Walaupun hujan lebat dan angin kencang, ia tidak menghalang penyokong JDT membanjiri kawasan tersebut sejak 6.30 petang tadi. - Foto: Facebook MBJB

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.