Sebanyak 33 sekolah di seluruh negara dipilih untuk mempromosikan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di bawah program KL2017@Sekolah.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata program yang bermula 2 Mac lepas, di Sekolah Kebangsaan Toh Tan Dewa Sakti, Batang Padang, Perak, itu akan membawa kemeriahan temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu kepada murid, guru dan ibu bapa.
Katanya program yang akan berakhir pada 20 Mei itu turut membawa mesej hijau pada hari sukan sekolah, bertepatan dengan inisiatif menjadikan Kuala Lumpur 2017 sebagai Sukan SEA pertama yang berkonsepkan mesra alam.
"Kami mengajar murid sekolah betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kuala Lumpur 2017 untuk menjadi the Green Games.
"Antaranya mempromosikan kempen kitar semula, kempen penjimatan elektrik dan pembuangan sampah dengan cara yang betul," katanya kepada pemberita pada program KL2017@Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1), di sini hari ini.
Beberapa jenis sukan turut ditampilkan pada program KL2017@Sekolah iaitu Super Sepak (menewaskan penjaga gol), Cycle Power Challenge (usaha kerja berkumpulan), Mini Golf (permainan golf mini), Field Sports Challenge (permainan trek) dan Basket Ball Shoot (balingan bola keranjang).
Di bawah inisiatif hijau pula, pelajar diminta melaksanakan beberapa langkah mudah iaitu membawa dan menggunakan bekas minuman sendiri untuk mengurangkan jumlah sampah, mengasingkan sampah dan mengguna semula bahan terbuang bagi perhiasan rumah sukan.
Selain itu, Persatuan Pencinta Alam Malaysia turut mengadakan pameran dan mengedarkan majalah serta maklumat mengenai penjagaan alam sekitar serta menganjurkan permainan dengan tema mesra alam.
Khairy berkata pelajar berusia 16 tahun ke atas, guru dan ibu bapa turut digalakkan mendaftar sebagai sukarelawan Sukan SEA.
Katanya pendaftaran masih lagi dibuka dan latihan akan diadakan sepanjang masa sehingga Ogos nanti. -- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2017
Khairy Jamaluddin dan Pengetua SMK Putrajaya Presint 8 (1), Datin Seri Norbayah Mansor (kanan) bersama bendera Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para ASEAN 2017 serta bendera sekolah itu sempena program KL2017@SEKOLAH hari ini. --fotoBERNAMA
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Belanjawan 2025: Peruntukan hal ehwal Islam RM2 bilion, ini antara pengumuman PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2025 memberi perhatian kepada syiar Islam di Malaysia.
Malaysia dan Jordan bincang bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Malaysia dan Jordan mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Belanjawan 2025: Komuniti India tidak terpinggir - Ramanan
Belanjawan 2025 jelas membuktikan bahawa komuniti India tidak dipinggirkan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R. Ramanan.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
33 sekolah dipilih promosi Sukan SEA - Khairy
Program yang bermula 2 Mac lepas itu akan membawa kemeriahan temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu kepada murid, guru dan ibu bapa.