Sebanyak 30,500 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia untuk penyokong Pahang habis dijual dalam tempoh tiga jam selepas enam kaunter dibuka di Stadium Darul Makmur di sini mulai 10 pagi pada hari Rabu.
Setiausaha Persatuan Bola sepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzzeimi Ibrahim berkata peruntukan 30,500 keping tiket termasuk 500 tiket untuk kanak-kanak dan 12,000 tiket yang diagihkan kepada 11 persatuan daerah.
Proses penjualan tiket berharga RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berjalan lancar tanpa sebarang insiden kekecohan, katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata penyokong tempatan yang tidak berpeluang ke Stadium Shah Alam boleh menyaksikan final antara Pahang dan Kelantan melalui skrin gergasi di Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang di Jalan Stadium here, Ahad ini.
Menerusi tinjauan Bernama, ribuan penyokong skuad Tok Gajah mula membanjiri Stadium Darul Makmur seawal 6 pagi tadi kerana tidak mahu terlepas peluang menyaksikan aksi final itu.
Walaupun ada peminat yang gagal mendapatkan tiket tetapi tiada kekecohan berlaku seperti penjualan tiket separuh akhir Pahang-Sarawak pada 19 Okt lepas.
Seorang penyokong Pahang, Hafizul Hamzah, 30, berkata, beliau sanggup menunggu kaunter tiket dibuka walaupun hanya dibenarkan membeli dua keping tiket sahaja.
Pasangan kembar yang berusia 50 tahun, Abdul Manan Abdul Aziz dan Abdul Manaf, turut melahirkan perasaan gembira mereka setelah berjaya membeli tiket untuk perlawanan akhir berkenaan.
"Kita ini peminat setia negeri Pahang. Anak-anak negeri Pahang ini kena sokonglah. Setakat mana kita boleh bantu Pahang, sokonglah. Itu aje," kata Abdul Manan.
Bernama
Thu Oct 31 2013


LaLiga: Atletico Madrid terima padah persembahan buruk
Getafe memanfaatkan kad merah Angel Correa yang mengangkat tinggi kakinya selepas Alexander Sorloth melakukan sepakan penalti.

EPL: Arsenal sedia kibar bendera putih
The Gunners kini ketinggalan 15 mata di belakang Liverpool, dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Lapor serangan seksual: Mangsa OKU perlu lebih sokongan, bantuan - CPS KL
Bagi mangsa, perasaan malu mungkin menebal kerana merasakan apa yang terjadi itu mengaibkan dan ada juga yang menyalahkan diri sendiri.
Mogok pekerja: hampir 300 penerbangan terjejas di Hamburg
Hampir 300 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lapangan Terbang Hamburg pada Ahad selepas pekerja perkhidmatan darat melancarkan mogok tanpa notis awal.
Pasca perang : pemimpin Syria ikrar tumpaskan pemberontak Pro-Assad
Pemimpin baharu Syria, Ahmed Sharaa, berikrar untuk memburu pihak yang terlibat dalam pertempuran ganas antara penyokong setia bekas Presiden Bashar al-Assad dan kerajaan baharu negara itu.
Perang di Ukraine: tentera Rusia kuasai tiga penempatan baharu di Kursk
Tentera Rusia pada Ahad berjaya menawan semula tiga lagi penempatan di wilayah barat Kursk dalam usaha mengusir pasukan Ukraine yang menguasai sebahagian wilayah itu sejak tujuh bulan lalu susulan pencerobohan rentas sempadan.

Casteels angkat kaki, protes kepulangan Courtois
Casteels berang dengan tindakan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB) yang dilihat membuka pintu seluas-luasnya untuk Courtois.

EPL: Manchester United tak rela dicop 'park the bus'
Walaupun mendahului dalam babak pertama, mereka akhirnya terpaksa berpuas hati apabila Declan Rice menyamakan kedudukan.
Gencata senjata: Israel henti bekalan elektrik ke Gaza, tekan Hamas
Israel pada Ahad mengumumkan akan menghentikan bekalan elektrik ke Gaza.
Gencatan senjata: A.S dan Hamas runding bebas tebusan di Gaza
Pemimpin Hamas mengadakan beberapa pertemuan dengan perunding tebusan Amerika Syarikat, Adam Boehler, bagi membincangkan pembebasan seorang tahanan Amerika-Israel yang ditahan oleh kumpulan itu di Gaza.

30,500 tiket final bagi penyokong Pahang habis dijual dalam 3 jam
Sebanyak 30,500 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia untuk penyokong Pahang habis dijual dalam tempoh tiga jam selepas enam kaunter dibuka di Stadium Darul Makmur.