Pasukan Argentina di ambang tersingkir dari saingan Piala Dunia FIFA Rusia 2018, selepas tumpas 3-0 kepada Croatia dalam perlawanan kedua kumpulan D, awal pagi tadi.
Kemenangan ini sekali gus menyaksikan Croatia mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati.
Selepas seri 1-1 dengan Iceland, skuad Argentina yang dibimbing jurulatih Jorge Sampaoli mempunyai peluang kedua untuk menyerlah dengan tumpuan terarah kepada kapten pasukan, Lionel Messi untuk menyinar di pentas antarabangsa ini.
Bagaimanapun skuad generasi emas Croatia mempamerkan corak permainan yang lebih kemas sejak sepak mula dan mempunyai beberapa peluang keemasan untuk berada di depan.
Pada minit ke-33, Mario Mandzukic berjaya melepasi perangkap ofsaid Argentina namun tandukannya hasil hantaran Sime Vrsaljko, sedikit tersasar.
Croatia akhirnya memecah kebuntuan perlawanan pada minit ke-53 menerusi jaringan Ante Rebic, yang memanfaatkan kesilapan penjaga gol Argentina, Wilfredo Caballero.
Barisan pertahanan Croatia yang mantap menyaksikan Argentina jarang mengugat gawang yang dikawal Danijel Subasic.
Pada minit ke-64, cubaan berganda di hadapan gawang gagal menewaskan Subasic, termasuk sepakan Messi yang berjaya dikeluarkan penjaga gol AS Monaco itu.
Argentina sekali lagi dihukum akibat aksi pertahanan yang longgar sepuluh minit sebelum permainan tamat, apabila Luka Modric diberi ruang untuk merembat masuk bola ke penjuru gawang dari jarak jauh, untuk Croatia mendahului 2-0.
Tekanan semakin memuncak buat Argentina untuk merapatkan kedudukan 5 minit sebelum perlawanan tamat, apabila Nicolas Otamendi dilihat sengaja menyepak bola ke arah muka Ivan Rakitic yang terjatuh akibat dikasari Javier Mascherano.
Rakitic hampir meledak gol ketiga Croatia hasil sepakan percuma susulan faul tersebut, namun sepakan pemain Barcelona itu terkena tiang.
Bagaimanapun usaha Rakitic untuk mendapat gol dalam pentas Piala Dunia akhirnya membuahkan hasil dalam masa kecederaan.
Rembatan Rakitic yang diselamatkan Caballero sekadar singgah kepada pemain gantian, Mateo Kovacic yang mengembalikan semula bola kepadanya untuk pemain Barcelona itu menolak masuk gol ketiga Croatia.
Perlawanan tamat Argentina 0, Croatia 3, sekali gus mengesahkan kemaraan skuad bimbingan Zlatko Dalic yang sudahpun melakar kemenangan 2-0 ke atas Nigeria dalam perlawanan pembukaan.
Sementara nasib Argentina untuk kekal dalam kejohanan bergantung kepada perlawanan terakhir bagi kumpulan D.
Ian Johan Ariff
Thu Jun 21 2018

Nasib Argentina untuk kekal dalam kejohanan bergantung kepada perlawanan terakhir bagi kumpulan D.- Foto AP/Ricardo Mazalan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

3-0, Argentina di ambang penyingkiran selepas dibenam Croatia
Lionel Messi terus gagal menyerlah di Rusia, menyaksikan skuad Argentina kalah di tangan Croatia 3-0.