SABAK BERNAM: Kerajaan Selangor mengenal pasti lebih 10 pilihan tapak tanah di negeri ini sebagai proses penggantian tanah bagi membiayai kos pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemaju masih dalam proses penelitian termasuk nilai tanah yang perlu bersesuaian dengan kos keseluruhan kompleks berkenaan.
Menurut beliau, proses penggantian itu tidak semestinya dilakukan secara sekali gus namun secara berperingkat.
"Kita sudah membuat tawaran (tanah itu) dan kini dalam proses akhir untuk memuktamadkannya," katanya selepas Majlis Perasmian Pusat Smart Desa di Kampung Sungai Air Tawar, di sini, pada Jumaat.
Amirudin memberitahu, semua tanah yang sedang dinilai itu termasuk beberapa kawasan di Hulu Selangor dan Klang.
Jelas Amirudin, pembinaan kompleks itu hanya akan dimulakan selepas semua proses penggantian tanah selesai.
"Kita sememangnya turut bergantung kepada kemajuan proses berkenaan.
"Tindakan perobohan Stadium Shah Alam itu akan dijalankan kelak dan saya menjangkakan bermula tahun ini," ujarnya.
Tambah beliau, pembinaan KSSA itu bukan hanya menumpukan perobohan stadium semata-mata malah melibatkan keseluruhan projek tersebut.
Pada 14 Mac lalu, Amirudin memaklumkan beberapa pilihan tapak tanah di Klang dan Hulu Selangor diteliti bagi pembiayaian kos pembangunan KSSA tersebut.
Kawasan Pulau Carey tiada dalam senarai itu berikutan difokuskan bagi pembinaan pelabuhan ketiga di Selangor dan projek Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS). - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 13 2023

Kerajaan Selangor mengenal pasti lebih 10 pilihan tapak tanah di negeri ini sebagai proses penggantian tanah bagi membiayai kos pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam, kata Amirudin Shari. - Gambar SINAR HARIAN
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Perobohan Stadium Shah Alam dijangka selesai Mei tahun hadapan
Proses berkenaan berada pada tahap yang baik dengan kadar kemajuan 80 peratus melibatkan kerja-kerja perobohan keseluruhan struktur stadium yang bermula pada awal Julai lepas.

Proses roboh Stadium Shah Alam belum dapat dilaksana - Datuk Bandar
Proses perobohan Stadium Shah Alam bagi pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam yang baharu belum dapat dilaksanakan.

MBSA beri kebenaran roboh Stadium Shah Alam - Amirudin
Proses perobohan Stadium Shah Alam bagi pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam yang baharu dijangka dilaksanakan tidak lama lagi.

10 tapak tanah dikenal pasti biaya kos Kompleks Sukan Shah Alam
Pemaju masih meneliti nilai tanah yang perlu bersesuaian dengan kos keseluruhan kompleks berkenaan.

Stadium Shah Alam: Pameran dan sesi libat urus awam mula hari ini
Pameran dan sesi libat urus awam berkaitan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA), di SACC Mall di sini bermula hari ini sehingga 10 Feb hadapan dari 10 pagi hingga ke 10 malam.

Stadium baharu Shah Alam lebih moden
Venue yang bakal menggantikan Stadium Shah Alam itu bukan sahaja akan tertumpu kepada bola sepak semata-mata, namun turut memberi fokus kepada aktiviti lain.

Pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam baharu dijadual bermula tahun hadapan
Orang ramai boleh melawat laman sesawang rasmi MBI untuk melihat cadangan reka bentuk kompleks itu dan memberi cadangan.

Pembangunan terperinci Kompleks Sukan Shah Alam akan diumum Julai - MB
Pengumuman terperinci mengenai pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA), yang turut merangkumi Stadium Melawati di Seksyen 13, di sini akan dibuat bulan hadapan.