SHAH ALAM: Proses perobohan Stadium Shah Alam bagi pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang baharu belum dapat dilaksanakan, menurut Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim.
Beliau berkata ini berikutan syarikat pemaju belum menyerahkan pelan pembangunan penuh projek di tapak stadium itu secara rasmi kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Katanya perkara itu antara syarat yang perlu dipenuhi pihak pemaju sebelum kerja-kerja perobohan stadium dilakukan walaupun pelan kebenaran merancang untuk meroboh telah diluluskan di peringkat MBSA.
"Ramai yang tanya kenapa tak roboh? Sebenarnya ada syarat dalam kelulusan itu antara lain pemaju perlu menghantar pelan pembangunan penuh projek di tapak tersebut secara rasmi kepada MBSA sebelum kerja-kerja meroboh boleh dilakukan.
"Walaupun konsep pembangunan sudah ada dan perbincangan mengenainya telah dilakukan antara pemaju dan MBSA, namun pihak berkenaan belum menghantar pelan pembangunan tersebut kepada MBSA," katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Shah Alam ke-12 di sini hari ini.
Pada Disember tahun lepas, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata pihak MBSA telah mengeluarkan kelulusan kebenaran merobohkan Stadium Shah Alam dan kerja-kerja perobohan akan dilaksanakan selepas pemaju memenuhi keperluan yang diwajibkan pihak berkuasa tempatan itu.
Proses perobohan Stadium Shah Alam dilaporkan melibatkan kos RM35.5 juta dengan pembinaan semula stadium berkapasiti 40,000 penonton itu dijangka siap pada hujung 2026.
Mengulas lanjut, Mohd Fauzi berkata proses pembangunan KSSA sedang berjalan khususnya perkara melibatkan kerja-kerja teknikal dan dokumentasi.
"Pembangunan secara fizikal di tapak mungkin kita tak nampak secara ketara tetapi sebenarnya kerja-kerja pembangunan projek khususnya yang melibatkan teknikal dan dokumentasi sedang berjalan dengan baik," katanya.
Media sebelum ini melaporkan pembangunan KSSA membabitkan tiga fasa meliputi proses perobohan dan pembinaan semula Stadium Shah Alam dengan ruang perniagaan serta parkir yang dijangka siap pada 2026.
Ia diikuti fasa kedua membabitkan teater tertutup, sayap sukan dan belia serta kawasan rekreasi manakala fasa terakhir melibatkan pembinaan terminal bersepadu dan hotel yang dijangka bermula Januari 2028 hingga Disember 2029.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024
Syarikat pemaju belum menyerahkan pelan pembangunan penuh projek di tapak stadium itu secara rasmi kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). - Gambar fail
Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.
Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.
Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.
China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.
KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Proses roboh Stadium Shah Alam belum dapat dilaksana - Datuk Bandar
Proses perobohan Stadium Shah Alam bagi pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam yang baharu belum dapat dilaksanakan.