Foto Astro Arena
Sebanyak 167 gol setakat ini telah dijaringkan pada pusingan akhir Piala Dunia dan terdapat 10 gol terbaik sepanjang kejohanan ini.
10) Neymar vs Cameroon
Bintang harapan Brazil itu menjaringkan gol ketika menentang Cameroon apabila berjaya melakukan larian mengelirukan pertahanan Cameroon.
9) Blerim Dzemaili vs Perancis
Rembatan leret dari Blerim Dzemaili dari sepakan percuma memberikan gol saguhati kepada mereka apabila tewas 2-5 kepada Perancis.
8) Robben vs Sepanyol
Belanda yang mahu menebus kekalahan empat tahun lalu berhasil dengan baik, apabila Sepanyol ketinggalan di belakang cuba menembusi barisan pertahanan tetapi memberikan Robben peluang untuk melakukan serangan balas kepada Sepanyol.
7) Messi vs Nigeria
Jaringan kedua Lionel Messi dalam perlawanan tersebut pada pusingan kumpulan. Messi menyudahkan gol dari sepakan percuma membuatkan Vincent Enyeama terpaku melihat bola itu masuk ke gawang gol.
6) Jermaine Jones vs Portugal
AS yang mencari gol penyamaan berjaya dihasilkan apabila Nani tidak menutup ruang Jermaine Jones untuk melepas rembatan yang cantik melepasi penjaga gol Portugal Beto.
5) James vs Jepun
Perancang muda Colombia yang berjaya mencuri perhatian seluruh dunia berjaya melakukan chip melepasi penjaga gol Jepun pada pusingan kumpulan.
4) RVP vs Sepanyol
Robin Van Persie berjaya mencari gol penyamaan Belanda ketika perlawanan pembukaan menetang Sepanyol dengan tandukan terbang yang menjadi viral pada awal kempen Piala Dunia bermula.
3) Cahill vs Belanda
Australia merupakan pasukan yang berkedudukan paling rendah Fifa tidak bermakna mereka boleh diambil mudah. Rembatan '1st timer' Tim Cahill melepasi Jasper Cillessen menyamakan kedudukan pada perlawanan yang berkesudahan Australia tewas 2-3.
2) Schurrle vs Brazil
Brazil yang telah dimalukan Jerman pada perlawanan separuh akhir setelah dibolosi enam gol ditambah luka mereka apabila rembatan Andre Schurrle yang masuk melepasi Julio Cesar menambah luka kepada peminat pasukan tuan rumah.
1) James vs Uruguay
Sebagai penjaring terbanyak dengan enam gol setakat ini, jaringan James Rodriguez menghantar Uruguay pulang apabila ketiadaan Luis Suarez dalam kesebelasan utama mereka. James berjaya menahan dengan dada dan membelakangkan gol, dia kemudian terus melakukan rembatan tanpa melihat di mana kedudukan penjaga gol sekaligus menewaskan Fernando Muslera. -- Astro Arena