TAWAU: Parti Warisan (Warisan) menyokong agar jumlah kerusi parlimen untuk Sabah dan Sarawak ditambah menjadi satu pertiga atau lebih 70 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkata perkara itu selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963, dan ia akan dibangkitkan pada persidangan DUN Sabah yang bermula esok.
"Pada 1963 terdapat 159 kerusi parlimen dengan satu pertiga kerusi itu diwakili North Borneo (Sabah), Sarawak serta Singapura, ini termaktub dalam 'Inter-Governmental Committee Report', namun apabila Singapura meninggalkan Malaysia pada 1965, sepatutnya kerusi dimiliki Singapura diberi kepada Sabah dan Sarawak.
"Hari ini ada 222 (kerusi) parlimen, kalau dikira Sabah ada 25 (kerusi) dan Sarawak, 31 (kerusi), jadi semua 56 ( kerusi parlimen), kalau dikira daripada 222 itu, jumlah 56 kerusi untuk Sabah dan Sarawak tidak sampai pun satu pertiga," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 di sini hari ini.
Mohd Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang mahukan DUN Sabah dan Sarawak membahaskan usul penambahan kerusi parlimen itu sebelum perkara itu dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata tambahan kerusi itu, dapat memberi keseimbangan suara dari Sabah dan Sarawak, yang sepatutnya didengari.
Di samping itu katanya sokongan parti itu terhadap pindaan Akta Malaysia 1963, tidak berkaitan dengan ideologi politik sebaliknya adalah untuk hak dan suara rakyat Malaysia dari Sabah serta Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022
Mohd Shafie yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkata perkara itu selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963, dan ia akan dibangkitkan pada persidangan DUN Sabah yang bermula esok. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Warisan nafi dapat dana daripada sindiket pengedaran dadah di Sabah - Setiausaha Agung
Parti itu anggap tuduhan yang dilemparkan sebagai fitnah politik melampau bagi menjatuhkan reputasi parti itu serta pemimpin-pemimpinnya.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Serah kuasa lulus projek bawah RM50 juta tanda hormat perjanjian MA63 - Warisan
Mohd Shafie berkata, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan satu berita baik bagi kerajaan Sabah dan Sarawak.
Usul undi percaya: Warisan yakin Anwar dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat
Parti Warisan percaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen susulan usul undi percaya di Dewan Rakyat Isnin ini.
PM Anwar alu-alukan komitmen Warisan sokong pembentukan kerajaan perpaduan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan komitmen pemimpin Parti Warisan (Warisan), yang menyokong usaha pembentukan dan kestabilan kerajaan perpaduan yang diterajui beliau.
PRU15: Menang tiga kerusi, Warisan sedia kerjasama dengan mana-mana parti
Parti Warisan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kerajaan yang terbentuk walaupun hanya memiliki tiga kerusi Parlimen sekali gus mewakili blok borneo.
Warisan lantik Bendahari Agung, Ketua Penerangan baharu
Parti Warisan mengumumkan pelantikan Datuk Awang Ahmad Sah Sahari sebagai Bendahari Agung, manakala Datuk Mohd Azis Jamman selaku Ketua Penerangan parti berkenaan.
PRU15: Warisan sedia ubah senarai calon jika PBS mahu kerjasama
Parti Warisan (Warisan) menyatakan kesediaanya untuk mengubah senarai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya kerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi kenyataan.
PRU15: Warisan belum putus jalin kerjasama dengan mana-mana pihak - Shafie
Parti Warisan masih belum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.
PRU15: DAP tidak ikhlas bekerjasama dengan Warisan
Ketua Penerangan Warisan Datuk Awang Ahmad Sah Sahari berkata dalam menghadapi PRU15, keikhlasan adalah suatu yang penting bagi Warisan, dalam mejalinkan sebarang kerjasama.