KUALA LUMPUR:MCA telah membuat keputusan untuk tidak memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha beliau membentuk kerajaan baharu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon menegaskan fokus parti itu ketika ini adalah untuk membantu kerajaan sedia ada dalam mengekang penularan COVID-19 serta memacu semula ekonomi negara.
"Biro politik (MCA) telah berbincang dan mengambil keputusan, kalau pun Anwar mempunyai sokongan yang cukup, MCA tetap tidak akan menyokong atau bersama beliau untuk menubuhkan kerajaan. Itu ketetapan yang diambil oleh MCA.
"Berkenaan undi tidak percaya (terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin), kita belum lagi berbincang dan belum bawa perkara ini kepada biro politik.
"Masih ada masa lagi sehingga pemanggilan sidang Parlimen akan datang," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Khamis.
BACA: Gerakan Ku Li raih lebih majoriti, pinggir Anwar, 'UMNO' bermasalah?
BACA: Beri sokongan padu kepada Muhyiddin Yassin - Pas
BACA: Undi tidak percaya terhadap Muhyiddin, tidak bermakna sokong Anwar - MP UMNO
Ditanya sekiranya ada kepimpinan UMNO yang memihak kepada Anwar, Sin Woon berkata MCA kekal dengan keputusan yang telah dibuat.
"Seperti saya katakan, keputusan yang telah kita ambil ialah kita tidak akan menyertai Anwar dalam pembentukan kerajaan baharu.
"Saya juga tidak berharap perkara ini akan berlaku pada waktu ini kerana rakyat ingin melihat kestabilan politik supaya fokusnya tertumpu untuk kembalikan kepada pemulihan ekonomi dan mengekang penularan COVID19," katanya.
Namun, beliau berharap supaya sebarang ketetapan yang akan dibuat oleh UMNO akan mengambil kira pandangan dan semangat permuafakatan Barisan Nasional (BN).
Harits Asyraf Hasnan
Thu Oct 15 2020

Ditanya sekiranya ada kepimpinan UMNO yang memihak kepada Anwar, Sin Woon berkata MCA kekal dengan keputusan yang telah dibuat. - Foto Facebook/Chong Sin Woon

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Demokrasi berparlimen jadi keutamaan, jangan heret institusi beraja - Pakar Perlembagaan
Menghormati gesaan yang dibuat Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Shamrahayu berkata, Parlimen merupakan platform terbaik dalam menyelesaikan krisis kepimpinan ketika ini.

Walau cukup majoriti, MCA tetap tidak sokong Anwar - SU Agung
Datuk Chong Sin Woon menegaskan fokus parti itu ketika ini adalah untuk membantu kerajaan sedia ada dalam mengekang penularan COVID-19 serta memacu semula ekonomi negara.

Undi tidak percaya terhadap Muhyiddin, tidak bermakna sokong Anwar - MP UMNO
Saya ini orang parti, sebarang keputusan parti, saya akan ikut. Undi tidak percaya itu (terhadap Muhyiddin) tidak bermakna sokongan akan diberi kepada Anwar.

Gerakan Ku Li raih lebih majoriti, pinggir Anwar, 'UMNO' bermasalah?
Jika dicongak dan dilihat kepada jumlah sokongan, gerakan Ku Li ini mempunyai sokongan lebih besar dalam kalangan ahli Parlimen UMNO.

Ahli politik perlu matang, rakyat kini rasa letih - Penganalisis
Rakyat kini rasa letih akibat ketikdaktentuan politik berpanjangan yang turut mencetuskan ketidakstabilan dalam kalangan rakyat.

Ringgit terjejas gara-gara dakwaan Anwar peroleh majoriti - Penganalisis
Khabar tentang kemungkinan berlaku pilihan raya seperti ini amat membimbangkan bagi pasaran mata wang.

Persidangan Dewan Rakyat Penggal Pertama ditangguh
Persidangan kali ini beliau sifatkan sebagai sangat bersejarah kerana peralihan kuasa yang berlaku buat kali pertama di negara ini berjalan dalam keadaan penuh aman dan harmoni.