false false false EN-MY X-NONE X-NONE Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menganggap laporan sebuah portal dengan tajuk berita ‘15 Usul Tukar Speaker Ditolak’ adalah tidak benar. Jelas Azhar dalam satu kenyataan media pada Khamis, beliau menyifatkan laporan itu mempunyai unsur inuendo (tersirat) dan akan mendapatkan khidmat nasihat undang-undang untuk tindakan seterusnya dalam masa terdekat. "Saya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertajuk "15 Usul Tukar Speaker di Tolak" bertarikh 1 September 2021. "Laporan Utusan Malaysia yang mengatakan antara lainnya bahawa saya telah mengetepikan usul berkenaan daripada dibahas dan juga yang mempunyai unsur i nuendo bahawa usul-usul tersebut ditolak oleh saya adalah tidak benar. "Saya anggap bersifat pembohongan dan fitnah dan dibuat dengan niat untuk menjatuhkan reputasi saya," tegas Azhar. Jelasnya lagi, beliau tidak akan membuat sebarang keputusan berhubung usul itu kerana mempunyai percanggahan kepentingan. "Pejabat saya sememangnya menerima pemberitahu usul-usul untuk saya mengosongkan jawatan saya dan juga supaya individu lain dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat. "Sebaik sahaja pejabat saya menerima usul-usul tersebut, saya telah utuskan surat kepada kesemua pengusul bahawa saya tidak akan sama sekali membuat apa-apa keputusan mengenai semua usul tersebut kerana saya mempunyai percanggahan kepentingan. "Apa-apa keputusan mengenai usul-usul tersebut diserahkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon," katanya.Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak. Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Johari Abdul dipilih sebagai Speaker baharu Dewan Rakyat Proses pengundian yang dibuat melalui kertas undi menyaksikan Johari memperoleh 147 undi, manakala Mohd Radzi memperoleh 74 undi.
Usul banjir dikemuka di Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun menerima usul mengenai banjir kilat yang melanda kebanyakan kawasan di ibu negara semalam, dan bersetuju agar isu itu dibahaskan di Dewan Rakyat.
Agong perkenan 12 akta yang diluluskan Parlimen - Yang Dipertua Dewan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan 12 akta yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang lepas.
Usul tukar YDP Dewan Rakyat, Azhar Azizan tidak campur tangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menganggap laporan sebuah portal dengan tajuk berita '15 Usul Tukar Speaker Ditolak' adalah tidak benar.
Sidang Parlimen secara hibrid dijangka akhir Ogos, awal September - Yang di-Pertua Dewan Sedikit masa lagi diperlukan oleh Parlimen Malaysia untuk memperolehi bekalan, mengintegrasikan sistem persidangan hibrid dengan sistem sedia ada, ujian, pentauliahan dan juga latihan.
RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa JPM lulus Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM).
'Semua tahu nombor WhatsApp saya, tiada yang hubungi' - YDP Dewan Rakyat lahir rasa kecewa Perkara itu tidak seharusnya menjadi isu dan dibangkitkan semula memandangkan semua Ketua Whip parti sudah mempersetujui perkara itu dalam pertemuan sebelum ini.
Menteri kembali jawab secara lisan, masa dipendekkan Menteri akan kembali menjawab soalan secara lisan namun masanya dipendekkan kepada 10 minit berbanding 30 minit yang diamalkan sebelum ini.
PRK Rantau: Dakwaan guna kanak-kanak berkempen, SPR tidak terima laporan - Azhar Larangan itu jelas kerana kesalahan tersebut disenaraikan di bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya.
Peguam Azhar Azizan dilantik Pengerusi SPR - KSN Pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.