KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menerima usul mengenai banjir kilat yang melanda kebanyakan kawasan di ibu negara semalam dan bersetuju agar isu itu dibahaskan di Dewan Rakyat.
Azhar berkata, beliau menerima notis pemberitahu mengenai usul itu daripada dua Ahli Parlimen iaitu Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) pada pukul 10 malam tadi dan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) sekitar 10 pagi ini.]
Yang Dipertua Dewan Rakyat itu menjelaskan usul itu bagaimanapun tidak akan dibincangkan atau dibahaskan hari ini, kerana memerlukan tempoh 24 jam untuk diteliti menurut Peraturan Mesyuarat 18 (2).
“Saya terima usul Yang Berhormat (Fong) pada 10 malam tadi, jadi saya ada 24 jam ikut peraturan (untuk dipertimbangkan) dan saya akan jawab hari ini, usul YB (Yang Berhormat) Lembah Pantai dihantar 10 pagi...saya ada (tempoh) sehingga esok (untuk pertimbangan).
“Tetapi secara preliminary, saya cadangkan perkara itu dibincangkan (bahas)... itu sahaja komen saya setakat ini. Tapi saya tak benarkan ia (dibahas) sekarang, kerana perlu tempoh 24 jam (untuk dipertimbangkan)…kalau saya benarkan, hanya satu sahaja kerana ia (usul) sama,” katanya.
Terdahulu sebelum sesi perbahasan Titah Diraja bermula, Fong bangun mengusulkan agar kejadian banjir kilat yang melanda banyak kawasan di Kuala Lumpur semalam dibahaskan segera, malah usul sama turut dibangkitkan dan disokong oleh Ahmad Fahmi.
“Semalam, banjir kilat melanda di banyak tempat khususnya di Bukit Bintang, Cheras, Seputeh dan Lembah Pantai. Saya minta usul berkenaan dibahaskan di Dewan yang mulia ini…ia melibatkan kepentingan orang ramai,” katanya.
Beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk jalan-jalan utama di pusat bandar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan yang bermula sejak 2.30 petang semalam.
Sementara itu, Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) pula bangun mengemukakan usul membahaskan isu arahan pembayaran AS$14.92 bilion atau RM62.59 bilion oleh Mahkamah Timbang Tara Paris kepada Kesultanan Sulu kerana ia perkara tertentu berhubung kepentingan awam yang dikehendaki disegerakan.
“Ini adalah perkara berkenaan dengan kepentingan orang berkenaan dengan kedaulatan negara terutamanya Sabah. Malaysia dibentuk oleh tiga wilayah dan kerajaan Persekutuan bertanggungjawab atas keselamatan Sabah dan Sarawak.
“Jadi saya mohon soal ini dibincangkan dan dibahaskan di dalam Dewan ini dengan segera dan tidak boleh diremeh-remehkan atau dilengah-lengahkan lagi. Jadi saya mohon Yang Dipertua mempertimbangkan permohonan saya ini diberikan keutamaan untuk dibahas,” katanya.
Azhar kemudian menjelaskan beliau belum meneliti usul berkenaan kerana baru dihantar pada 11.30 pagi ini iaitu selepas persidangan bermula.
Bernama
Tue Mar 08 2022

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menerima usul mengenai banjir kilat yang melanda kebanyakan kawasan di ibu negara semalam dan bersetuju agar isu itu dibahaskan di Dewan Rakyat. - Gambar BERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.

Satu PPS diaktifkan ekoran banjir kilat di selatan, tengah Sarawak
Sarawak mengaktifkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Saratok, susulan banjir kilat di bahagian selatan dan tengah negeri itu.

Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.

10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.

Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.

Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.

Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.