KUALA LUMPUR:Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan peraturan perbahasan menteri yang ditetapkan selama 20 minit dan hanya 80 wakil rakyat dibenar berada dalam Dewan Rakyat.
Azhar Azizan berkata, perkara itu tidak seharusnya menjadi isu dan dibangkitkan semula memandangkan semua Ketua Whip parti sudah mempersetujui perkara itu dalam pertemuan sebelum ini.
“Hari Ahad pun saya datang ke pejabat dan nombor WhatsApp saya pun semua tahu. Saya sanggup datang malam Ahad untuk mesyuarat tetapi tiada siapa pun yang hubungi saya dalam isu ini.
“Tetapi bila masuk jam 11 pagi hari ini, semua bangun dan bangkitkan perkara ini. Kita sudah setuju, namun tiada siapa hubungi saya untuk bangkitkan perkara ini supaya ia boleh dibincangkan sebelum hari ini.
"Hari ini kita sudah rugi 30 minit hanya untuk mempersoalkan keputusan yang telah dipersetujui sebelum ini,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
Terdahulu, sesi penggulungan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, tertangguh kira-kira 30 minit selepas ahli Parlimen pembangkang mencelah membangkitkan isu berkenaan.
Isu itu dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson) sejurus tamat sesi soal jawab lisan pada jam 11 pagi dan Azhar mengumumkan sesi penggulungan perbahasan akan berlangsung mulai hari ini hingga Khamis.
Azhar memberi ruang setengah jam kepada beberapa ahli Parlimen memberikan pandangan sebelum Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berpendapat Dewan perlu diteruskan mengikut aturan yang dipersetujui.
Fauzi Suhaimi
Mon Nov 23 2020
Azhar berkata, perkara itu tidak seharusnya menjadi isu dan dibangkitkan semula memandangkan semua Ketua Whip parti sudah mempersetujui perkara itu dalam pertemuan sebelum ini. - Gambar fail/BERNAMA
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
'Semua tahu nombor WhatsApp saya, tiada yang hubungi' - YDP Dewan Rakyat lahir rasa kecewa
Perkara itu tidak seharusnya menjadi isu dan dibangkitkan semula memandangkan semua Ketua Whip parti sudah mempersetujui perkara itu dalam pertemuan sebelum ini.