KUALA LUMPUR: Usaha menyatukan parti-parti politik yang berbeza ideologi akan menjadi antara cabaran yang perlu dihadapi Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan perpaduan yang stabil dan kukuh, menurut penganalisis politik dan pakar undang-undang.
Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata tugas itu memerlukan kebijaksanaan yang tinggi memandangkan perlembagaan parti-parti terlibat mengandungi peruntukan yang berbeza.
"Ia (perlembagaan parti) menzahirkan betapa berbezanya ideologi masing-masing. Inilah cabaran yang paling penting supaya kerajaan ini kukuh dan tak perlu kita tukar kerajaan," katanya dalam temu bual Siaran Khas Istiadat Angkat Sumpah Perdana Menteri ke-10 di Bernama TV, semalam.
Selain ini, Shamrahayu juga berkata persidangan pertama Parlimen perlu dilaksanakan selewat-lewatnya pada pertengahan Disember untuk membentangkan Bajet 2023 bagi melaksanakan sekurang-kurangnya bayaran gaji untuk penjawat awam.
Seorang lagi penganalisis politik Prof Dr Sivamurugan Pandian daripada Universiti Sains Malaysia (USM) berkata komposisi kerajaan perpaduan mestilah rasional dan praktikal serta merangkumi wakil daripada semua blok politik, agama, etnik, gender dan negeri.
Katanya walaupun dengan jumlah anggota kabinet yang kecil, namun ia mestilah padat dan berkualiti dengan kepakaran, kebolehan dan kemahiran yang membolehkan kabinet bergerak sebagai satu pasukan.
"Sudah pasti kabinet ini wajar merangkumi kesemua yang telah pun bersetuju untuk berada dalam kerajaan perpaduan. Ia tidak boleh terlalu besar dan saya percaya satu langkah yang boleh diambil ialah mengelak daripada mengambil mereka yang berjawatan dalam parti.
"Mungkin yang tidak berjawatan dalam parti boleh berada dalam kerajaan supaya kerajaan itu berjalan dengan licin, lancar dan tersusun dan juga membawa keharmonian dalam kalangan mereka yang akan menganggotai jemaah menteri," katanya.
Anwar semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istiadat angkat sumpah berkenaan diadakan selepas Seri Paduka Baginda memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu yang berkenan berangkat menghadiri Perbincangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Negara pagi semallam bagi membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat, lima hari selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022
Anwar melambai kepada pihak media ketika beliau tiba di Istana Negara untuk majlis mengangkat sumpah, 24 Nov 2022. - Foto REUTERS
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM perlu melobi kuasa besar dunia berpihak kepada Palestin - AMK
Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memainkan peranan melobi sokongan daripada negara kuasa besar seperti Turkiye dan China.
KPT peruntuk RM436 juta baik pulih infrastruktur IPTA, sedia kemudahan pelajar OKU
KPT memperuntuk RM436 juta bagi membaik pulih infrastruktur dan mengganti peralatan usang di IPTA termasuk menyediakan kemudahan akses kepada pelajar OKU
Tiada penyelesaian mudah untuk Laut China Selatan, tetapi bukanlah mustahil untuk diatasi - Anwar
Anwar menegaskan ia tidak seharusnya menjadi isu besar dan dialog dengan negara-negara ASEAN lain harus dilihat sebagai jalan penyelesaian.
PM akan beri penjelasan berhubung lawatannya ke China di Dewan Rakyat esok
Anwar juga akan menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun berhubung perkara berkenaan.
Kerajaan Perpaduan akan bersihkan negara daripada keterlanjuran 'perompak' - PM Anwar
PM jamin pihak yang menggondol hak dan dana rakyat tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.
Malaysia Madani: Pembangunan adil, seimbang untuk semua golongan - PM Anwar
Mercu tanda pembangunan sesebuah masyarakat itu tidak harus terkenal dengan bangunan tinggi sahaja tetapi juga keseimbangan antara golongan atasan dan rakyat.
100 hari yang sibuk buat PM Anwar dengan urusan hubungan antarabangsa dan bilateral
Presiden Indonesia Joko Widodo adalah pemimpin pertama yang menghubungi Anwar diikuti oleh Presiden Turkiye Recep Tayip Erdogan.
Lambakan maklumat salah cetus Islamofobia, tangani dengan wacana merakyat - Penganalisis
Islamofobia boleh tercetus akibat lambakan maklumat sehingga menyebabkan pelbagai maklumat yang salah tersebar dalam kalangan masyarakat.
100 Hari Kerajaan Perpaduan: Sekretariat Kerajaan Perpaduan perlu cari titik persamaan, perkukuh kestabilan
Kerjasama diantara parti politik dalam Kerajaan Perpaduan boleh diperkukuhkan sekiranya mempunyai iltizam politik.
Belanjawan 2023: Anwar menuju ke Parlimen
Pembentangan Belanjawan 2023 merupakan penampilan Anwar kali kedua selepas 26 tahun ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada 1997.