Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah agar isu-isu politik tidak dibawa ke dalam masjid dan surau sehingga memecahbelahkan perpaduan rakyat terutama menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang semakin hampir.
Baginda bertitah PRU hanya lima tahun sekali tetapi keterujaan ahli-ahli politik untuk meraih sokongan rakyat sehingga mereka lupa perkara pokok selain mencemar institusi masjid.
"Saya juga menyeru rakyat supaya jangan terpengaruh atau dikuasai semangat berpolitik dan mengetepikan hubungan dalam beragama," titah Tuanku Syed Sirajuddin sewaktu merasmikan tilawah al-Quran 1439H peringkat negeri di Dewan Warisan di sini, malam tadi.
Baginda turut menyeru rakyat menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai amalan harian kerana ia dapat membentuk sahsiah diri dan keluarga yang sihat di samping untuk mencari keberkatan dalam hidup.
"Membaca al-Quran bukan sahaja ibadah malah menjadi penawar dan panduan tatacara hidup mengikut lunas-lunas Islam termasuk akidah dan bermasyarakat," titah baginda.
Tuanku Syed Sirajuddin turut menarik perhatian mengenai perkembangan media sosial yang menyebabkan maklumat yang belum tentu kebenarannya tersebar dengan pantas dan meluas.
Baginda bertitah penularan berita palsu melalui pelbagai platform media sosial menjadi penyakit buruk yang mengundang pelbagai implikasi terhadap rakyat dan negara.
Turut berangkat pada majlis itu Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim turut hadir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 01 2018

Baginda turut menyeru rakyat menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai amalan harian kerana ia dapat membentuk sahsiah diri dan keluarga yang sihat di samping untuk mencari keberkatan dalam hidup. - Gambar hiasan
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.

PDRM siasat video hina agama Islam
Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.

Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.

Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.

Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.

Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.

Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.

Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.

Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.

Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.

PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.