UMNO tidak akan 'mati' selagi orang Melayu menjadi pengundi majoriti di negara ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Alhabshee.
Tegasnya, orang Melayu juga sudah muak dengan sandiwara dan kerenah politik parti pembangkang yang hanya mementingkan kuasa tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.
"Majoriti orang Melayu dan umat Islam di negara ini tidak mudah menukar keyakinan dan kepercayaan mereka hanya disebabkan permainan pesepsi dan isu yang diputarbelitkan pembangkang.
"Keyakinan bahawa UMNO tetapi hidup sentiasa tinggi kerana orang Melayu cukup sinonim dengan perjuangan parti mengangkat maruah dan martabat mereka," jelasnya dalam catatan terbaru di laman blog http://umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: Calon PRU: 'Melayu jangan jadi 'pak sanggup' DAP' - Syed Ali
Untuk mengekalkan kemenangan tersebut katanya, UMNO perlu bekerja keras bagi menepis terjahan pelbagai isu dibangkitkan pembangkang bagi meraih sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
"UMNO kena lebih agresif serta bekerja kuat untuk menepis dan membetulkan persepsi negatif hasil daripada menipulasi pelbagai isu dilakukan pembangkang.
"Saya khuatir, jika UMNO menyifatkan pelbagai isu tersebut sebagai perkara remeh ia pasti akan memberi petaka buruk kepada parti.
"Banyak isu telah dimanipulasikan pembangkang untuk memburuk-burukkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya.
BACA: 'UMNO bukan sekadar parti pinggiran' - Syed Ali
Tambahnya yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, selain menggunakan kaedah ceramah menerusi pentas politik mereka juga memperalatkan media alternatif seperti laman-laman sosial untuk meraih sokongan terutama generasi muda.
"Tentera pembangkang mensasarkan generasi muda dengan suapan fitnah dan fakta yang amat mengelirukan yang hampir keseluruhannya merupakan sogokan pembohongan.
"Oleh sebab itu UMNO seharusnya cepat bertindak bagi mematahkan isu tersebut dengan kaedah yang sama seperti dilakukan pembangkang," ujarnya.
Katanya, UMNO perlu segera turun mendampingi rakyat terutama di peringkat akar umbi yang sering menjadi sasaran pembangkang.
"Selaku pemimpin parti, jangan asyik lena dengan keseronokan sehingga menjadi alpa dan cuai kepada tanggungjawab.
"Dalam hal ini, Ahli Majlis Tertinggi (MT) perlu lebih kerap turun padang dan memberi penjelasan kepada rakyat berkait beberapa isu berbangkit.
"Pada hemat saya, Ahli MT boleh main peranan secara lebih positif. Peranan dan tugasan ahli MT UMNO sentiasa diperhatikan oleh ahli UMNO di seluruh negara," jelasnya.
BACA: Kerjasama PAS-UMNO : 'PAS tidak pentingkan masa depan Melayu' - Syed Ali
Syed Ali juga mahu pemimpin UMNO sentiasa turun padang dan memberitahu rakyat terhadap beberapa isu yang menyentuh kehidupan golongan miskin.
"Kita kena jumpa rakyat terutama golongan sasaran di peringkat akar umbi, kumpulan ini kadangkala tidak mendapat penjelasan tepat dan terdedah kepada maklumat disalurkan pembangkang.
"Adalah tidak relevan lagi untuk UMNO sekadar berdialog dan membuat seminar di bilik hawa dingin sedangkan rakyat di bawah tidak diberikan perhatian.
"Mereka perlu ingat UMNO selama ini mendapat sokongan padu daripada pengundi di kampung dan kawasan pinggir bandar pada setiap kali PRU," katanya.
BACA: 'Jangan ungkit kisah lama untuk gagalkan kerjasama UMNO-PAS' - Syed Ali
Dalam pada itu Syed Ali turut mengakui UMNO berdepan saingan paling sukar bagi memastikan kemenangan pada PRU akan datang seterusnya mempertahankan Putrajaya.
"Memang sukar tetapi jika kita bekerja keras dan menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan pembangkang, rakyat pasti akan bersama UMNO," tegasnya.
Astro Awani
Wed Jan 20 2016
SYED ALI: Kita kena jumpa rakyat terutama golongan sasaran di peringkat akar umbi, kumpulan ini kadangkala tidak mendapat penjelasan tepat dan terdedah kepada maklumat disalurkan pembangkang. -Gambar fail
Kota Tinggi kembali dilanda banjir, 8 PPS dibuka
Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kota Tinggi, selepas daerah itu dilanda banjir di beberapa kawasan susulan hujan lebat tanpa henti sejak jam 7 pagi tadi.
AGC kaji bangunkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah, Sarawak
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah dan Sarawak tahun ini.
AWANI Ringkas: Jenayah AMLA | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada pergaduhan dalam cubaan tahan Yoon - Ketua Keselamatan Presiden Korea Selatan
Ketua Perkhidmatan Keselamatan Presiden Korea Selatan (PSS) menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menahan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol tidak seharusnya mengakibatkan pergaduhan.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas
Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis memberkas lima lelaki termasuk seorang warga asing dalam dua serbuan di Seberang Perai Utara, antara 1 tengah hari semalam hingga 4 pagi tadi.
Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah
Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Singapura didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar serta memiliki pelbagai jenis dadah pada Disember tahun lepas.
Peluang keemasan Malaysia pimpin visi komuniti ASEAN 2045
Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah berkata platform ASEAN perlu menggunakan untuk mendapatkan hasil yang produktif dan kemajuan dalam mendorong penyelesaian melibatkan isu-isu di rantau ini.
AWANI 7:45 [10/01/2025] - Aksi Gengster | Kononnya Melayu Islam | Proses jual tanah jadi mudah | Reman enam hari
Lima lelaki aksi gengster, tetak sekumpulan lelaki dalam restoran.
PM minta belia jangan peduli remeh temeh, tangani isu bebanan rakyat.
Kartel ada orang dalam, punca jual tanah berleluasa.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman, palsukan dokumen geran tanah.
PM minta belia jangan peduli remeh temeh, tangani isu bebanan rakyat.
Kartel ada orang dalam, punca jual tanah berleluasa.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman, palsukan dokumen geran tanah.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Menilai strategi GOTV di KKB
Hari ini, faktor jentera akan memainkan peranan penting kerana kedua-dua calon utama sudah diperkenalkan dan tidak lagi dijadikan isu yang berlarutan sehingga timbul curiga di kalangan pengundi.
PRU15: Rakyat resah, mahu kerajaan negeri Pahang dibentuk segera
Rakyat mahukan sebarang rundingan parti politik membawa kepada pembentukan kerajaan negeri dalam masa terdekat.
PRU15: PN yakin sapu bersih empat kerusi di Bukit Gantang
PN juga mampu memperoleh lebih banyak undi berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan menyasarkan lebih 30,000 undi dalam PRU15 di kerusi Parlimen.
Politik Malaysia tidak lagi boleh terumbang-ambing - Muhyiddin
Tegasnya, sebelum ini tiada pihak mempunyai majoriti lebih besar daripadanya walaupun ada yang mendakwa sudah mempunyai sokongan majoriti.
PM letak jawatan? Muhyiddin masih Pengerusi PN - Penganalisis
Semuanya akan berlaku langkah demi langkah sekiranya kerajaan sudah tiada majoriti dan ia dimulakan dengan Muhyiddin terpaksa meletakkan jawatan.
Muhyiddin seharusnya tahu Perlembagaan itu 'non-negotiable' - Tok Mat
Mohamad Hasan berkata, dakwaan masih mempunyai majoriti oleh Perdana Menteri adalah tindakan yang tidak berperlembagaan
Muhyiddin sudah tiada majoriti lagi, kata Najib
Najib berkata, perutusan khas yang dibuat oleh Muhyiddin merupakan satu 'perutusan politik' tanpa sebarang langkah untuk menyelamatkan negara.
Tiada ahli Parlimen yang boleh buktikan ada sokongan majoriti - PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan beliau tidak meletakkan jawatan kerana tiada seorang Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan mempunyai majoriti cukup untuk menjadi PM.
Mohd Razlan umum peletakan jawatan Lembaga Pengarah LTAT
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).