KUALA LUMPUR: Mana-mana ahli parti yang tidak berdisplin, dan tidak mengikut keputusan yang telah ditetapkan pimpinan tertinggi, wajar diambil tindakan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi.
Speaker Dewan Undangan Negeri Johor itu berkata, UMNO memerlukan lebih ramai ahli yang mempunyai akal fikiran, dan mempunyai imej yang diterima rakyat.
Katanya lagi, tidak ada masalah untuk ahli mengkritik Presiden, tetapi ia harus dilakukan dengan betul.
“Kita perlukan lebih ramai mereka yang ada brain dalam parti, dan juga diterima masyarakat. Saya rasa asas yang penting ialah siapa yang tak ikut parti memang wajar dikenakan tindakan, sebab mana mana organisasi perlu ahli yang berdisplin dan ikut keputusan parti.
“Tak kira siapa pun, isu ramai (kena pecat) tak timbul, yang penting ikut parti tak ada masalah. Saya juga mengkritik presiden tak ada masalah, tapi biarlah betul. Mana yang dah jadi keputusan kita patuh. Soal mengkritik siapa pun boleh kritik, tetapi mana keputusan yang diputuskan kita patuh, itu saja,” katanya lagi
Mohd Puad berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas pelantikan bekas Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil sebagai Ahli MKT yang baharu menggantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Beberapa media mendakwa, pengguguran Tajuddin adalah kerana Ahli Parlimen Pasir Salak itu dilihat lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.
Susulan pengguguran itu, bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mendakwa lebih ramai lagi ahli MKT akan senasib dengan Tajuddin, kerana dianggap sebagai ‘musuh’ dalam parti.
Firdaus Azil
Fri Jun 24 2022

Puad berkata, UMNO memerlukan lebih ramai ahli yang mempunyai akal fikiran, dan mempunyai imej yang diterima rakyat. - Gambar fail/BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Edar risalah kecam Presiden UMNO, mungkin dilakukan kluster gantung, pecat - Puad
Datuk Puad Zarkashi yakin, tindakan itu berkemungkinan dilakukan mereka yang digantung atau dipecat daripada parti itu.

'Muhyiddin sedia kerjasama dengan Tun M sebab wang' - Puad
Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa kerjasama semula antara dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin disebabkan faktor wang.

UMNO perlu lebih ramai ahli yang berakal, tidak langgar displin - Puad Zarkashi
Mana-mana ahli parti yang tidak berdisplin, dan tidak mengikut keputusan yang telah ditetapkan pimpinan tertinggi, wajar diambil tindakan.

Calon MB Johor: Hasni beri laluan kepada orang muda
Spekulasi mengenai calon Menteri Besar Johor yang baharu terus menjadi tanda tanya di sebalik kejayaan Barisan Nasional menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Puad Zarkashi cabar Muhyiddin letak jawatan, tekan 'button'
Mohd Puad bertanya, adakah bermaruah untuk Muhyiddin terus kekal dalam kerajaan yang dipimpin UMNO.

PRN Johor: Kalau berani, pakai la 'Abah Sayang Johor' di sini, Puad Zarkashi cabar Muhyiddin
Puad Zarkashi turut cabar Muhyiddin untuk menjadi poster boy di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 12 Mac 2021.

Muhyiddin fail saman fitnah terhadap Puad Zarkashi
Tuntutan itu dibuat susulan kenyataan Mohd Puad dalam laman Facebook beliau pada 9 Februari lepas yang bertajuk "Kuarantin Pun Ada Dua Darjat".

Tuduh PM enggan dikuarantin, Mohd Puad Zarkashi dituntut mohon maaf
Datuk Mohd Puad Zarkashi dituntut mohon maaf secara terbuka susulan dakwaannya bahawa perintah kuarantin tiga hari untuk Menteri yang melakukan lawatan ke luar negara kerana PM enggan dikuarantin.

Azmin digesa ikut langkah Zahid Hamidi - Puad Zarkashi
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali digesa untuk mengikut jejak langkah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu menyertai Kabinet kerajaan Perikatan Nasional.