KUALA LUMPUR: UMNO Perlis membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan kepimpinan Pusat sekiranya mereka kekal dengan pendirian mengakhiri kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Perhimpunan Agung UMNO edisi 2021, akhir bulan ini.
Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau tidak bimbang jika tindakan diambil terhadap UMNO Perlis di bawah pimpinannya.
“Kalau Perlis buat keputusan, mereka nak buang Perlis, maka buanglah,” kata Pengerusi Perhubungan Umno Perlis yang juga pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional dalam program temu bual isu semasa, Talk Now terbitan MalaysiaNow.
Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang akan berlangsung pada 27 Mac ini akan diadakan ketika dakwaan desakan sebahagian pemimpinnya untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.
Malah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak akhir-akhir ini meningkatkan kritikan terhadap Bersatu sambil menuduh parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mengenepikan UMNO dalam pelantikan jawatan penting kerajaan.
Malah, kedua-dua pemimpin terpalit rasuah itu mendesak Pas mengikuti langkah mereka meninggalkan Bersatu.
Shahidan, yang juga ahli Parlimen Arau, turut mempersoalkan seruan pemimpin UMNO agar Pas meninggalkan Bersatu, sedangkan katanya parti Islam itu sudah bersama-sama dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
“Pas berdaftar dengan PN. Ini bererti kalau kita mahu Pas, Pas mesti syaratkan kita mesti bersama Bersatu.
“Kalau kita nak Bersatu, kita tak nak Pas, tak boleh ... sebab Pas dalam PN,” kata ahli politik veteran itu.
“Bagi kami, biarlah berlaku perundingan supaya di mana BN, PN tidak bertanding. Di mana PN bertanding, BN tidak bertanding. Kita nak rundingan itu saja,” tambah beliau lagi.
Astro Awani
Fri Mar 19 2021

UMNO Perlis akan terus bekerjasama dengan Pas dan Bersatu dalam PRU15, kata Datuk Seri Shahidan Kassim. - Foto rakaman layar dari MalaysiaNow

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.

Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.